Jumaat, Mei 22, 2015

Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Ekhsan Bukharee Badarul Hisham mempersoalkan kenapa tindakannya menuntut kenaikan elaun dianggap seperti jenayah sehingga dibuang kerja.

Sedangkan, kata ustaz muda itu, perkara itu merupakan diantara janji dalam manifesto Pakatan Haramjadah tu sewaktu kempen Pilihan Raya Umum yang telah diadakan sebelum ini.
“Pakatan cakap Umno, BN janji tak ditepati. Apa beza kamu dengan Umno, BN? Takkan nak bercakap soal manifesto Pakatan satu jenayah? Sebenarnya penjenayah sebenar ialah pemimpin yang tak laksanakan manifesto mereka," katanya.
Beliau juga mendakwa kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali tidak berintegriti susulan kegagalan itu. Beliau berkata demikian pada sidang media di perkarangan bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

Ekhsan semalam mengesahkan beliau dipecat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa sengaja membuat provokasi. Pada sidang media itu, Ekhsan juga menunjukkan surat pemecatannya kepada pemberita.

Dalam surat tersebut dinyatakan empat sebab beliau dipecat menjadi guru KAFA iaitu: bertindak dengan niat memprovokasi untuk memasuki sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 8 April lalu, gagal mematuhi nasihat panel penyiasat supaya batalkan sidang media pada 14 April.

Malah, beliau juga dipecat kerana gagal mematuhi panel penyiasatan supaya berhenti memberi kenyataan media dan prestasi kerja yang rendah dan gagal menunjukkan kesungguhan untuk berubah walaupun telah diberi nasihat.

Sehubungan itu, Ekhsan yang mengajar mata pelajaran fekah dan sirah itu berkata, beliau kini dalam proses untuk mendapatkan nasihat daripada peguam untuk membawa kes pemecatannya ke mahkamah.
"Saya juga dalam proses mendapatkan nasihat daripada beberapa rakan peguam untuk mencabar kesahan pemecatan yang dibuat ke atas saya. Saya tidak menolak kemungkinan untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya lagi.
Ditanya sama ada dia akan membuat sebarang rayuan berhubung pemecatan yang telah dilakukan, Ekhsan berkata beliau tidak diminta untuk membuat rayuan. Malah tidak ada pun ruang untuknya.
"Dalam surat tiada suruh buat rayuan. Saya tak diberi ruang untuk buat rayuan. kalau JAIS buka ruang pun saya akan buat tapi tidak akan mengaku salah," katanya lagi.
Ekhsan sebelum ini mencetuskan drama kerana menangis ketika dihalang bertemu wakil rakyat Pakatan di sidang DUN bulan lalu. Rentetan itu, beliau menerima surat tunjuk sebab daripada JAIS.

Jelas, Ekhsan merupakan diantara mangsa slogan "Manifesto Bukan Janji" yang menjadi tunjang serta dasar perjuangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Jangan harap la diorang nak tunaikan janji melainkan ianya demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Azmin ni dah sunat ke belum, basuh dia cukup cukup semut

    BalasPadam
  2. Gelaran yang paling buruk adalah Munafik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping