Selasa, Mei 19, 2015

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin meletakkan jawatan hanya memalukan dirinya sendiri.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini. Menurut Pandikar, sememangnya beliau dan Dr Mahathir tidak berbohong mengenai hasratnya untuk meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir telah melanggar etika kerahsiaan antara individu dalam pertemuan mereka pada 13 Mac lalu kerana segala perkara yang dibincangkan tidak patut diberitahu kepada orang lain.
"Saya akui telah curahkan isi hati berhubung kekecewaan dengan tugas sebagai Speaker Dewan Rakyat dan meluahkan hasrat untuk letak jawatan. Saya ibaratkannya sebagai curahan isi hati anak kepada bapa.
"Mungkin atas keghairahan Dr Mahathir sendiri untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, beliau bukannya menasihati saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan.
"Sebaliknya beliau yang menyuruh saya meletakkan jawatan dengan kadar segera," katanya.
Selain daripada itu, Tan Sri Pandikar Amin juga turut menyatakan bahawa luahan hatinya kepada Tun Mahathir adalah berkisarkan kepada tingkah laku Ahli Parlimen yang suka membangkitkan isu remeh.

Maka hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum ini bukan kerana disebabkan pentadbiran Kerajaan sedia ada yang dianggap lemah oleh Tun Dr. Mahathir.

Secara tidak lansung, luahan tersebut bukannya ditujukan kepada corak pentadbiran Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada ketika ini.

Pandikar Amin menyatakan kekesalan beliau terhadap Tun Mahathir yang telah mendedahkan perbincangan sulit diantara mereka dan tidak wajar untuk Tun Mahathir mendedahkannya tanpa keizinan beliau.
“Saya tidak aibkan Tun M tetapi dia mengaibkan diri sendiri kerana membocorkan rahsia perbincangan kami,” kata Pandikar Amin lagi.
Tun Mahathir juga sepatutnya menghubungi beliau terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian samada beliau telah benar-benar mahu meneruskan hasratnya untuk meletakkan jawatan atau tidak dan bukannya hanya berdasarkan perbincangan sulit yang diadakan pada 2 bulan lepas.
Categories:

4 ulasan:

  1. lebih banyak roadshow yang dirancang lebih terselah niat sebenar TDM..seperti bersungguh2 nampaknya beliau nak kan pemimpin ditukar selagi hayat masih ada..pembangkang tak perlu lagi susah2 nak jautuhkan kerajaan kerana TDM dan suara mereka senada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Terang lagi bersuluh...

      Padam
  2. Hamba Allah yg baik adalah hamba Allah yg panjang umur dan baik amalannya.
    TDM dah panjang umurnya.... tapi .....
    Sama-sama nilaikan apakah faedahnya kpd agama, bangsa dan negara hasil drp. tingkah lakunya akhir-akhir ini. Lebih keburukan drp kebaikan.
    Baru balik umrah dah buat hal, entah apa yg difikir semasa mengerjakan umrah hari tu...

    BalasPadam
  3. kan dah menjatuhkan mertabat sendiri.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping