Itu perkara yang perlu diberikan penekanan oleh pihak Kerajaan terhadap syarikat - syarikat Telco yang mengenakan caj tambahan kepada rakyat pada ketika perlaksanaan GST dijalankan.
Pihak Kerajaan digesa agar memberikan perhatian kepada kebajikan rakyat dan tidak tunduk kepada tindakan pihak Telco yang sengaja menambah caj tambahan dalam kad tambah nilai prabayar mereka.
Hakikatnya, isu berkaitan dengan kad tambah nilai prabayar itu menjadi satu isu yang sangat penting apabila ianya melibatkan seluruh masyarakat tanpa mengira had usia dan kaum.
Persoalan yang dibangkitkan cukup mudah. Kenapa kad tambah nilai prabayar itu perlu dikenakan caj tambahan sebanyak RM 0.60 sen bagi setiap RM 10.00 yang dibeli oleh rakyat?
Adakah sebelum ini kad tambah nilai prabayar itu tidak dikenakan cukai SST? Jika kad tambah nilai prabayar itu dikenakan SST, sudah pasti harganya selepas perlaksanaan GST akan menjadi lebih murah.
Sebagai contoh, setiap kad tambah nilai prabayar yang berharga RM 10.00, jika ditolak dengan cukai SST, maka harga asalnya adalah sebanyak RM 9.00. Kalau ditambah dengan cukai GST, harganya baru RM 9.60.
Jadi persoalannya, kenapa pulak pihak syarikat Telco yang berkenaan nak mengenaikan caj tambahan dan menjadikan harga kad tambah nilai prabayar tu sehingga mencecah RM 10.60 sekeping?
Maka tindakan yang tegas perlu diambil oleh pihak Kerajaan terhadap syarikat - syarikat Telco ini agar mereka tidak sewenang - wenangnya menipu dan menzalimi rakyat sesuka hati mereka. Kerajaan ada kuasa, maka pastikan kuasa itu dapat menjamin kebajikan rakyat!!!
PUTRAJAYA - Kabinet hari ini bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya.
"Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ahmad Shabery berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan 'beli RM10 dapat RM10' sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.
kerajaan najib lembekk...cakap gula gula pada rakyat..
BalasPadamAda kesilapan bro... cukai SST utk kad prabayar adalah 6% sahaja sebelum ni. Jadi kalau RM10 ditolak SST, ia menjadi RM 9.43 dan bila ditambah semula dengan GST, kita akan dapat harga kad prabayar RM10 semula.
BalasPadamDan apa yang Shabery Chik tu lakukan adalah sesuatu yang baik, cuma kalau kita nak menunggu 6 bulan lagi baru dilaksanakan, bagi aku lebih baik tak payah buat. Sentimen penolakan rakyat terhadap GST tetap akan meluap-luap dalam tempoh 6 bulan tu.
Cadangan yang sepatutnya adalah, kembalikan semula harga kad prabayar kepada RM10 tanpa ada 60 sen belakang dia tu. Rakyat tak mau ada sen-sen lak bila nak bila nak beli topup. Kalau dah nilai RM10, biar beli pun RM10. Dan sepatutnya ia dilakukan SEKARANG...!!!!
Apa justifikasi pihak kerajaan beri tempoh selama 6 bulan pd sykt telco?
BalasPadamSetuju dgn 8:52 Kenapa tak buat sekarang?
Tak usah nak gula2 beri itu ini dlm 6 bulan akan datang lah...
Kenapa kerajaan tak naik taraf jalur lebar berkelajuan tinggi, tak payah sykt telco lagi... Pakai line telekom - dgn internet pon boleh buat call.
Uuh ooh, kerajan akan rugi hasil cukai Berbillion ringgit!!
Tak der, kalu rakyat tak belanja pd telco, rakyat akan belanja pd benda lzin yg madih kena cukai.. kerajaan dpt hasil jugak.
Cara penyelesain top up, betul2 tunjuk Kerajaan Memang Lemah, Lembik, pentingkan cukai drp rakyat... Inilah asas... Tak mampu nak fikir!!!
Upgrade internet kelajuan tinggi pon perlu kos, Kan kita dah biasa dengar drp kerajaan, TAK BUAT SEKARANG NANTI KOS LAGI TINGGI...
Jadi bila nak buat, supaya semua sykt telco boleh tutop, katop kedai, ada pon asyik hisap darah ajer.
Ini semua kerja haramjaddah mahathir... Laa beban ditanggung kerajaan sekarang...
Kerajaan Najib tolong bentang hzl sebenar, apa perjanjian sykt Telco dgn Kerajaan yg Kerajaan kena tunduk, patuh, mcm nak jilat sykt Telco...
Cer citer, cer citer, cer citer sikit, nok tahu jugok nieh...