Ahad, Mei 31, 2015

Pemimpin politik PAS, Husam Musa yang turut bertanding untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden parti itu dilaporkan sedang menjalani rawatan Bell's palsy sejak bulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu memilih rawatan tradisional akupunktur dan kini sedang dirawat di sebuah klinik swasta di Puchong yang terkenal dengan rawatan perubatan tradisional Cina.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Baru, Wan Rahim Wan Abdullah yang melawat Husam beberapa minggu lalu memberitahu bahawa beliau kini dalam proses pemulihan serta boleh berjalan dan bercakap.
"Doktor menegaskan dia perlu berehat dan tidur sebanyak yang mungkin," kata Wan Rahim.
Husam tidak dapat bergerak sejak kempen pemilihan PAS bermula tetapi Wan Rahim berkata Husam harus segera baik untuk menghadiri muktamar PAS di Kuala Selangor dari 4 hingga 6 Jun ini.

Bell'’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Penyakit itu juga turut akan menyebabkan kelemahan atau lumpuh di sebelah muka dan boleh menyebabkan bahagian muka untuk terasa berat di sekitar mata serta mulut mereka yang mengidapnya.

Wan Rahim berkata Husam telah dirawat di klinik akupunktur selama hampir sebulan. Husam mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PAS minggu depan.

Dari satu sudut, penyakit yang sedang dialami oleh Si Husam Musa tu wajar dianggap sebagai satu khifarah ke atas dirinya dan orang lain agar mereka dapat bermuhasabah. Tapi, itu pun kalau diorang ni jenis manusia yang sedar diri. Kalau tidak, sendiri tanggung la jawabnya!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kita tak main la bomo ikan, itu semua khurafat. Kat akhirat tau la balasanya

    BalasPadam
  2. Mcm stroke je bunyinya.....

    BalasPadam
  3. Ya lah macan saraf otak sudah bercantum(melekat di antara saraf2 yang lain). Saraf yang memberi arahan untuk memek muka dan pergerakan mulut sudah tidak berfungsi. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping