Khamis, Mei 21, 2015

Aik! Ini dah lain macam ni. Nampak gayanya usaha nak memburukkan nama baik Si Hadi Awang tu dah sampai ke tahap yang kronik. Kita ingatkan DAPigs dan PKR je yang nak burukkan nama dia.

Rupanya, tak sangka pulak dikalangan puak - puak Majlis Syura Ulama tu pun nak mendakwa Si Hadi Awang ni seorang Penipu bila dia dedahkan isu Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

Katanya, Majlis Syura sekali pun tak pernah memberikan sebarang kelulusan atau pun bersetuju dengan cadangan untuk PAS mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional.

Tapi yang herannya, kenapa pulak Setiausaha Majlis Syura tu nak tuduh Bekas Timbalan Presiden PAS pulak sedangkan Si Hadi Awang tu pun turut mendedahkan perkara yang sama sebelum ini?
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya pernah mengadakan perbincangan ataupun membuat keputusan mewujudkan gabungan dua parti politik, antara Pas dan Umno.

Setiausahanya, Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Majlis Syura memandang serius dakwaan tersebut dan menyifatkan ia fitnah pihak tertentu.

“Majlis Syura juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli kami seperti Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan lain-lain ahli jawatankuasa badan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam sebuah stesen TV swasta baru-baru ini yang mendakwa masih wujud cadangan kerjasama antara Pas dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Inilah masalahnya dengan mentaliti puak - puak PAS ni. Mereka ni suka sangat nak buat tuduhan terhadap orang lain sedangkan yang buat masalah tu adalah dikalangan mereka sendiri.

Hakikatnya, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura PAS tu, maka terbukti bahawa kenyataan yang dibuat oleh Si Hadi Awang tu sebelum ini adalah satu Pembohongan yang terang dan nyata.

Mungkin Si Hadi Awang tu pun dah berjangkit dengan penyakit 'Ghairah' tak tentu arah yang dialami oleh pemimpin tertinggi sebelum ini. Sebab rata - rata diorang lebih suka menjual nama orang lain dari nak menegakkan Kebenaran!!! Penyudahnya, memalukan diri sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping