Sabtu, Mei 09, 2015

Digelar 'Barua DAPigs', itu semua mainan 'UMNO'!!!
Jika selama hari ini,ramai yang berikan pendapat berkaitan kemampuan Si Mat Syabun tu untuk menjadi Timbalan Presiden PAS. Namun ternyata, dia telah berjaya membuktikan sebaliknya.

Kalau sebelum ini, ramai yang memberikan komen cemuhan terhadap kredibiliti Si Mat Syabun ni. Kegagalan dia untuk menang dalam Pilihan Raya Umum juga turut dijadikan kayu pengukur.

Soalnya, kenapa ramai sangat orang yang tak suka sangat pada Si Mat Syabun ni? Kenapa masih ramai penyokong dikalangan puak - puak Pro Ulama didalam PAS tu yang membenci dia?

Teringat pulak insiden sewaktu Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin baru - baru ini. Punya la ramai yang tak suka pada Si Mat Syabun tu sampai tahap dia dihalau dari menjejakkan kaki ke kawasan Felda.

Dan yang tambah memalukan ialah apabila mereka yang menghalau Si Mat Syabun tu keluar terdiri dari kalangan puak - puak penyokong PAS tu sendiri. Bukannya orang UMNO atau Barisan Nasional!

Sepatutnya, Si Mat Syabun tu perlu diberikan peluang yang kedua untuk dia membuktikan kemampuan dirinya sebagai seorang Timbalan Presiden. Dia perlu dikekalkan bagi jawatan tersebut.

Untuk apa Si Mat Syabun tu nak digantikan dengan Tuan Ibrahim walaupun pada ketika ini jumlah undian terhadap Si Tuan Ibrahim tu melebihi dari jumlah undian untuk Mat Syabun?

Seharusnya, indikasi mengenai jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Si Mat Syabun tu berbanding dengan Tuan Ibrahim tidak wajar dijadikan sebagai 'Indicator' terhadap sokongan dikalangan ahli.

Yang akan menentukan jawatan Si Mat Syabun tu berubah atau tidak adalah dikalangan perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat Kawasan masing - masing. Bukannya undian dari Kawasan tu sendiri.

Jadi, tak sewajarnya penyokong - penyokong PAS singkirkan Si Mat Syabun tu. PAS sudah tentu akan Rugi Besar kalau diorang tolak seorang tokoh yang 'Alim', mempunyai 'Ilmu Agama Yang Tinggi' dan yang sentiasa mendokong perjuangan parti macam Si Mat Syabun ni!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. PRK Permatang Pauh dah menjadi contoh baik bagaimana ahli-ahli PAS akan U-turn di saat akhir. Mat sabu akan terus di dewakan ahli PAS.

    BalasPadam
  2. Alim taik kucing, gemok macam tu kao cakap alim

    BalasPadam
  3. Hampa kutuk dia kaw!kaw!,apa salah sebagai ahli politik dia pun nak hidup juga.kadang-kadang sebelah negetive ini boleh dikatakan bagui juga, boleh tahan kena kutuk dan sebagainya.main point yang disoal pada pihak positive yang jawapannya belum terlerai.hampa awal-awal lagi dah ludah penyoalnya?.tanya diri sendiri tindakan dibuat betul atau tidak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping