Jumaat, Mei 29, 2015

Maaf kami tidak mahu perlawanan ulangan.” Itu pendirian tegas pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu yang menimpa pasukan Pahang dalam saingan Piala AFC baru - baru ini.

Pendirian itu dilihat senada dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) supaya skuad Tok Gajah diberikan kemenangan percuma bagi aksi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Masalah timbul membabitkan visa pemain import Pahang yang tidak dibenarkan memasuki Indonesia dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta bagi meneruskan penerbangan ke Papua kelmarin, sekali gus mendorong PBNP membuat keputusan pulang semula ke tanah air.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) gagal membantu PBNP berikutan sekatan oleh kerajaan Indonesia yang ada kaitan dengan kemelut dalaman antara badan induk bola sepak itu dan pemerintah.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, PSSI mengaku bersalah berhubung isu tersebut menerusi surat yang dihantar kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan FAM.

Mereka bagaimanapun mahukan perlawanan ulangan diadakan. Namun FAM yang sudah merujuk kes itu kepada AFC menyokong keputusan PBNP supaya mereka diberikan kemenangan percuma sekali gus layak ke suku akhir Piala AFC.
“Mereka (PSSI) sudah menghantar surat dan mengaku bersalah kerana Menpora (Menteri Pemuda dan Olahraga) meminta semua jabatan kerajaan supaya tidak membantu PSSI.

“Mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah ini kerana sekatan itu berlaku akibat masalah dalaman PSSI.

“Mereka memohon supaya perlawanan ulangan diadakan tapi tak dinyatakan di mana. PBNP sudah menghantar surat kepada FAM dan kami sudah maklumkan kepada AFC bahawa kami mahu kemenangan percuma diberikan kepada Pahang,” katanya kepada Arena Metro.
Bagaimanapun FAM masih lagi menunggu keputusan daripada Jawatankuasa Disiplin (DC) AFC mengenai kes itu dalam masa terdekat ini.
“DC akan putuskan dalam masa terdekat ini tapi bagi FAM dan PBNP, kami sudah memberikan pandangan kita kepada AFC. Sama ada PSSI bersalah atau tidak terpulang kepada DC,” jelas Hamidin.
Bagi pihak FAM, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua pihak sudah mengikut segala prosedur dan memberikan komitmen terbaik dalam saingan Piala AFC yang juga dianggap berprestige dirantau Asia pada ketika ini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping