Sabtu, Mei 09, 2015

Alamak ai!!! Nampak sangat yang puak - puak Kopiah Putih ni semuanya terjua betul nak menaikkan diri masing - masing menjelang musim pemilihan yang akan diadakan Jun nanti.

Maka, masing - masing mula la nak tunjuk 'Hero' diri sendiri hanya semata - mata untuk menaikkan nama dikalangan ahli - ahli perwakilan yang ada. Tu semua taktik terdesak belaka.

Sama ada rakyat nampak atau tidak, tapi hakikatnya, tindakan yang mereka lakukan hanya sekadar satu tindakan yang memualkan lagi dunia Politik tempatan. Nak termuntah pun ada jugak.

Seperti mana yang dilakukan oleh Si Tuan Berahim ni. Apa yang dia buat, kenyataan yang dia keluarkan ternyata hanya sekadar satu taktik Political Stance semata - mata. Dia takde 'substance' nak buat tuduhan.

Menuduh hanya sekadar untuk memburukkan keadaan. Maka, mula la Si Tuan Berahim tu buat persepsi dan spekulasi dia sendiri tanpa dia menyandarkan diri kepada fakta serta bukti yang sahih.

Sebelum ini, Si Tuan Berahim tu cuba jugak nak jadi jaguh dengan menyentuh isu yang berkaitan dengan pembelian tanah 1MDB yang melibatkan Tabung Haji tanpa sebarang usul periksa.

Sambil membuat dakwaan melulu, Si Tuan Berahim tu mula la nak kaitkan isu tu dengan duit Zakat pulak dengan tuduhan kononnya Kerajaan akan salah gunakan duit zakat tu untuk tujuan tersebut.
"Apakah Lembaga Zakat, KWSP, Felda ataupun Khazanah akan digunakan untuk membeli aset yang dijual oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah pada harga yang lebih tinggi?" soal Tuan Ibrahim.
Kalau kita lihat dari satu sudut, tak salah jika Tuan Berahim tu nak jadikan perkara tu sebagai satu persoalan. Tapi masalahnya, dakwaan yang dibuat oleh Si Tuan Berahim tu boleh juga jadi satu fitnah.

Kenyataan yang dia buat seolah - olah nak menunjukkan yang pihak Kerajaan ni tak amanah sedangkan Si Tuan Berahim tu sendiri sedar, parti yang dia sertai hari ini pun apa kurangnya.

Lepas satu persatu, parti yang dia sertai tu mewujudkan tabung itu dan ini yang turut melibatkan duit dari orang awam. Tapi, bila ditanya ke mana perginya duit - duit tabung tu, kenapa dia diam pulak?

Duit Tabung Memali, Duit Tabung Kohilal, Duit Tabung Lahad Datu. Semuanya menggunakan duit orang ramai belaka. Tapi kenapa sampai hari ni, takde dengar pun khabar berita mengenai duit tu?

Kesimpulannya, jika Si Tuan berahim tu nak menunjukkan yang orang lain tu tak jujur dan tak amanah, sepatutnya dia membuktikan yang diri dia pun tak seperti itu. Ini tidak. Elok - elok jadi manusia, takkan Si Tuan Berahim tu nak jadi 'Ketam' pulak!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mashallah ........kalau betul apa yg dikata fitnah jadi berantai2lah. Baitulmal negeri2 perlu respon.

    BalasPadam
  2. kalau sesuatu isu diulas oleh orang yang bukan pakar, maka bersedialah untuk menjadikannya fitnah. adakah tuan ibrahim tuan man seorang pakar ekonomi? sendiri mau ingat...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping