Jumaat, Mei 08, 2015

Walaupun ada beberapa perkara yang disebut oleh Tun Mahathir sebelum ini tidak berapa dipersetujui oleh sesetengah pihk, namun isu yang dibangkitkan ini perlu juga diberikan perhatian.

Jika kita lihat semula pola pengundian dalam Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Parlimen Rompin, memang tidak kita nafikan bahawa salah satu isu yang memberikan kesan ialah mengenai GST.

Kita akui bahawa perlaksanaan Cukai GST tu adalah baik untuk Negara. Dan isu itu bukan satu - satunya faktor yang menyumbang kepada penurunan jumlah Majoriti Barisan Nasional.

Namun, pihak Kerajaan perlu juga memberikan perhatian kepada isu tersebut. Seperti mana yang dijelaskan oleh YAB Menteri Besar Pahang, mekanisme penerangan dan penjelasan isu itu perlu diperbetulkan.

Sewajarnya, pihak Kerajaan memberikan penekanan dalam mekanisme penyampaian yang lebih mudah dan senang untuk difahami oleh rakyat secara keseluruhan agar mereka dapat menerimanya.

Penjelasan dan penerangan yang diberikan perlu lebih mudah agar tidak diputarbelitkan oleh puak - puak dikalangan Pakatan Haramjadah tu untuk mengelirukan rakyat diperingkat bawahan.

Disebabkan rakyat tidak faham mengenai perlaksanaan cukai tersebut serta kesempatan yang diambil oleh sesetengah peniaga dan pemborong membuatkan rakyat semakin terkeliru.

Kita boleh gunakan hujah, jika peniaga dan pemborong naikkan harga melebihi dari yang sepatutnya, kita boleh boikot peniaga dan pemborong tu. Tapi bagaimana pulak dengan syarikat Telco?

Isu utama yang menjadi perhatian rakyat pada ketika ini ialah mengenai Kad Tambah Nilai Prabayar yang dikenakan oleh syarikat Telco. Caj yang dikenakan boleh dianggap melampau.

Maka oleh sebab itu pihak Kerajaan disarankan agar mengambil tindakan tegas terhadap syarikat berkenaan supaya mereka tidak sewenang - wenangnya mengambil kesempatan terhadap rakyat.

Tapi, berhubung kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir, isu 1MDB bukannya tidak memberikan kesan kepada rakyat di Rompin. Kalau dilihat kenyataan yang dibuat, ianya seolah - olah memperlekehkan orang kampung.
"Isu-isu seperti 1MDB tidak memberi makna kepada orang kampung, mereka tidak tahu mengenainya. Mereka tidak dapat bayangkan pun berapa banyak RM42 bilion, bagi mereka RM1 juta atau RM1 bilion adalah sama.


"Bagaimanapun, kuasa beli rakyat menjadi lebih rendah hari ini, dan ia ditambah lagi dengan GST, yang mengurangkan pendapatan mereka," katanya.
Kalau dah namanya berniaga, dah tentu ada untung dan rugi. Jadi, tak patut la kalau sampai tahap Tun Mahathir kata orang kampung tak tau nak bezakan diantara 1juta dan 1billion adalah perkara yang sama. Orang kampung sekarang bukannya BODOH belaka!!!
Categories:

11 ulasan:

  1. Mokzani Marina Mahadaey Kutty8 Mei 2015 pada 12:19 PTG

    Salam,

    UCAPAN SYABAS& TAHNIAH kepada Ayahnda Tun Mahathir Mohamed kerana turut sama-sama membantu berkempen untuk memenangkan PKR-Wan Azizah dan menjatuhkan undi PRK Rompin.. begitu bersungguh pra-kempen untuk jatuhkan Najib..seterusnya UMNO BN...

    TAHNIAH Tun.. jasamu amat2 dikenang.. teruskan usahamu Tun.. sikit je lagi nak berjaya jatuhkan Najib.. jangan putus asa Tun... PRU14 boleh lancarkan serangan dari sekarang..

    Hadi tetap sokong PKR.. Isu Tabung Haji terbentang luas skrg untuk Tun Ayahnda serang sekian kali Najib sehinggajatuh tersungkur.. kami yakin Ayahnda Tun mampu lakukan yang terbaik... REMOTELY!!


    Best Trojan Horse EVERR... by old man of UMNO..

    By :

    Madaey Kutty Fan Club..

    BalasPadam
  2. Sepatutnya end user boleh claim 7 %,sst tak payah mansuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sst + gst,end user boleh claim balik 7 ningga 10 %

      Padam
  3. Kita dengar dan lihat serta kaji apa dia cakap.might have some sense there.

    BalasPadam
  4. Kita dengar dan lihat serta kaji apa dia cakap.might have some sense there.

    BalasPadam
  5. Kegagalan jentera dan jeneral jeneral yg NAJIB lantik dlm kabinet .Realitinya adakah mereka ni berani untuk masuk kawasan musuh untuk memberi penerangan. Keberanian mereka hanyalah semasa PRK atau PRU saja...Waktu biasa TAKUT sebab jentera pembangkang lebih agresif.Sebab itu penyampaian segala dasar kerajaan tidak pernah sampai ke akar umbi...Nak harapkan media 2x5 saja..yg lebih penting HIBURAN,HIBURAN dan IKLAN PRODUK KELUARAN yg entah apa apa. Najib kena cari formula bagi untuk menangani ketidakcekapan dan keberkesanan juak juak mereka yg dilantik supaya lebih bertanggungjawab...kalau tidak PRU 14 UMNO dan BN Konpom jadi PEMBANGKANG.

    BalasPadam
  6. Tun kritik sebab nak selamatkan parti, yang nak menjahamkan parti ni orang yang perasan bagus tapi tak sedar yang diri makin ditolak...Nak harapkan orang-orang keliling najib semuanya kaki angguk saja laa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alasan paling bodoh..
      ko tampar sepak terajang anak ko.. di TEPI JALAN.. kasi semu aorg lalu tengok//
      konon sbb buat salah
      lepas tu ko ckp sbb sygkn die? nak didik die..

      haram jadah punya pencacai Madey.. Tuhan bg akal tak boleh nk pikir.. nak tasuuubb mcm pencacai Nuar Ketum jugak!

      Padam
  7. Kalau mahathir tak cakap. Lagi kalah la macha..

    Kerana tanpa Mahathir UMNO memang tak berguna lagi.

    Apa yg ada hanya tinggalan Mahathir ug dimusnahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alasan basi.. penuh dengan tipuhelah.
      Nk betulkan Najib dan UMNO dengan join pembangkang pukul UMNO dan Najib sama2?

      lu belajar politik Yahudi mana?

      Padam
    2. Zaman; rujuk balik pada cerita Nabi Nuh dan Nabi Lut. Jangan jadi macam Pak Kaduk; menang sorak kampung tergadai...
      Sokong tu biarlah berpada-pada; jangan esok anak, cucu, cicit dan piut tak selesai-selesai nak bayar hutang yang bukan pun dia buat.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping