Jumaat, Mei 08, 2015

Kesian! Memang kesian beb. Kesian sungguh kita tengok nasib yang menimpa Si Hadi Awang ni selaku Presiden PAS. Orang lain yang bertanding, dia jugak yang kena kutuk kaw-kaw!

Semuanya akibat anak - anak buah diperingkat bawahan tak reti nak main Politik sehingga mampu membuatkan Si Hadi Awang tu yang hilang kemaluan dirinya sendiri depan orang ramai.

Bukan setakat satu Pilihan Raya je yang Si Hadi Awang tu hilang kemaluan dirinya akibat kebodohan anak - anak buahnya yang tak reti main Politik. Tapi dua Pilihan Raya Kecil sekali gus!

Kalau di Rompin, puak - puak yang Pro PASMa-Cai tu berjaya menghalang kemaraan seorang penyokong Tegar Pro Ulama untuk mendapatkan tempat didalam hieraki kepimpinan.

Mereka sendiri sedar, jika Calon PAS dalam PRK Parlimen Rompin itu menang, sudah pasti kedudukan mereka akan tergugat. Jadi, tak mustahil sekiranya mereka ada buat kerja subversif.

Siapa tau. Dalam diam - diam mereka sendiri tidak berjaya nak menambah jumlah bilangan undi kepada parti itu secara sengaja membuatkan PAS dilihat tidak mampu nak meyakinkan rakyat.

Bilangan undi kekal dikalangan puak - puak PAS tu membuktikan bahawa rakyat tidak memberikan kepercayaan kepada mereka. Sebaliknya, penyokong - penyokong mereka sahaja yang tak berganjak.

Itu di Rompin. Di Permatang Pauh pula, puak - puak yang Pro Ulama tu sekali lagi dimalukan apabila Si Wan Azizah tu menang dengan majoriti yang jauh lebih rendah dari sebelum ini.

Biarpun puak - puak PAS yang Pro Ulama tu pernah buat desakan terhadap PKR agar memohon maaf, menarik balik keputusan tidak menyokong Hudud dan sebagainya, ia tak mampu nak menggugat PKR.

Sebaliknya, kemenangan tetap juga diberikan kepada Calon yang SUDAH PASTI akan menolak perlaksanaan Hukum Hudud apabila ianya dibentang oleh Hadi Awang di Parlimen kelak.

Kalau sebelum ini, puak - puak PAS Pulau Pinang tu kata diorang tetap juga akan menolak Si Wan Azizah tu dan membuat undi rosak sebanyak 10ribu. Tapi ternyata, itu hanya omongan kosong belaka.

Hakikatnya sekarang, Si Hadi Awang tu yang dilihat semakin tersepit apabila ramai dikalangan mereka yang benci pada dia mula berkokok dan menyalak tak tentu arah. Penyudahnya, Si Hadi Awang tu jadi bahan lawak jenaka je pada mereka!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Orang yg benar-benar kalah ialah Adnan Yaakob,kerana sakit kaki tak boleh jalan jauh.CHighland tak samapai Rompin jarang sekali.Sikit pun Denan tak dapat cover utk bantu undi di Rompin.

    BalasPadam
  2. PRK Ptg.Pauh telah buktikan. PAS akan bertukar pemimpin. Kepimpinan dan Ulamak PAS harus sedar, PASMA telah jauh meresap ke dalam PAS. Kenyataan bahawa PASMA mungkin akan bertukar menjadi parti politik adalah sebagai persediaan sekiranya pemimpin2 PASMA ditendang keluar dari PAS pada bulan Jun ini. Dalam tempoh ini PASMA giat mengumpul ahli2 dari kalangan pengikut PAS. Contoh nyata adalah apabila orang kuat Masjid Batu mengaku undi beliau adalah untuk Jijah...TGHH memang telah kalah dalam memperjuangkan kepimpinan Ulamak dalam parti PAS..

    BalasPadam
  3. apa pun dap yang kaya dan kenyang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping