Wah! Nampak gayanya, PKR sekali lagi terpaksa menghadapi Pilihan Raya Kecil buat sekian kalinya dikawasan Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang melibatkan ADUNnya, Nik Nazmi.
Ianya berikuta kegagalan Si Nik Nazmi tu untuk mengenepikan rayuan yang dibuat di Mahkamah Persekutuan berhubung isu perhimpunan Haram 'Blackout 505' di Stadium Kelana Jaya 8 Mei, 2013 yang lalu.
PUTRAJAYA - Keputusan penting oleh Mahkamah Rayuan yang memutuskan seseorang penganjur yang gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan tidak mengundang hukuman jenayah di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, dikekalkan.
Berikutan itu, pihak pendakwa raya menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nik Nazmi dituduh gagal memberi notis kepada polis daerah dalam tempoh 10 hari yang diperlukan bagi penganjuran perhimpunan 'Black 505' di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei, 2013, mengikut Seksyen 9(5) PAA yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Kalau ikut peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan, mana - mana wakil rakyat yang dikenakan hukuman penjara lebih dari dua tahun atau didenda lebih dari RM 2,000, maka dia akan gugur kelayakan sebagai seorang Wakil Rakyat.
Jadi, sekiranya pihak mahkamah mendapati Si Nik Nazmi tu bersalah dan disabitkan dengan kesalahan sehingga didenda sebanyak RM 10,000, sudah pasti kelayakan dia untuk bergelar ADUN Seri Setia akan digugurkan.
Inilah yang orang kata, penyakit jangan dicari. Tapi puak - puak Pakatan Haramjadah ni memang suka cari penyakit, lepas tu diorang tuduh kata Kerajaan yang menjadi penyebabnya.
Bila orang kata yang diorang ni bodoh, nanti ada pulak Macai dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu meroyan tak tentu arah. Tapi apa boleh buat. Memang terbukti pemimpin diorang ni semuanya suka buat kerja tak menggunakan Kepala Otak!!!
...PRK Seri Setia nanti menang lah PKR...
BalasPadammahkamah akan mempertimbangkan denda 1999.99 sen saje....
BalasPadamHukuman hendaklah setimpal, berapa banyak kerosakan, kerugian peniaga, tenaga pasukan keselamatan semua kena ambil kira. Perbuatan dia ni menzalimi rakyat yang nak hidup aman damai, senang cari makan.
BalasPadam