"Pahang masih ok lagi kan Bro?" Itu diantara soalan yang diajukan oleh seorang sahabat sewaktu perjumpaan yang dibuat baru - baru ini di Kuala Lumpur. Soalan yang diajukan agak spontan.
"Alhamdulillah. Kalau kena pada gayanya, memang takde masalah". Itu je la jawapan klise' yang mampu dibuat sedangkan realitinya agak sukar jugak nak mempertahankan kedudukan.
"Kiranya, takde la terkesan sangat dengan isu - isu yang dibangkitkan diperingkat Nasional sekarang ni". Luahan sahabat tu rasanya tak terlalu tepat. Pahang ada jugak terkesan.
"Ish, tidak jugak. Ada jugak isu - isu yang memberi kesan kepada rakyat. Cuma cara kita nak buat penjelasan tu agak lambat, dan penjelasan yang diberi pun tak tepat". Itu ulasan spontan.
"Tapi macam isu Tun dengan Najib, ada kesan ke terhadap orang di Pahang? Soalnya, kalau nak ditukar Datuk Seri Najib, siapa yang akan menggantikan dia nanti?"
Nampak gayanya, soalan sahabat kita ni dah menjurus secara khusus. Dia mungkin nak tau pendirian orang di Pahang mengenai situasi terkini mengenai Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Najib.
"Soalnya bukan nak tukar dengan siapa. Tapi soalnya sekarang, kalau tukar pun, mampu atau pun tidak untuk kita menang? Itu soalan yang perlu kita tanya diri kita sendiri.
Kalau kita tukar dengan siapa pun, tapi masalah utama masih tidak dapat diselesaikan, takde maknanya. Tak guna kalau Negeri kita menang, tapi diperingkat Pusat kita kalah".
Rasanya, pencernaan itu sudah cukup untuk membuatkan kita sedar bahawa kritikan yang diluahkan oleh sesetengah pihak pada ketika ini masih tidak cukup relevan untuk tukar kepimpinan sedia ada.
Apa yang membuatkan mereka terlalu yakin sekiranya Datuk Seri Najib ditukar dan semua masalah boleh diselesaikan dengan begitu sahaja? Dangkal sangat ke pemikiran diorang ni sebenarnya?
Cuba perkara itu difikirkan sejenak. Bagi la sesiapa pun jadi pengganti pada ketika ini, dah tentu agenda utama dia ialah untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada. Kenapa tidak yang sedia ada tu diberi peluang untuk selesaikan masalah?
Yang dok bagi kritikan tu pulak kenapa tak bagi jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi? Itu persoalannya. Kalau setakat tau nak mengkritik je kerjanya macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu, baik tak payah buang masa!!!
Mahatyhir dan Najib dah berbincang dalam kelambu pun, takut orang lain dengarm jaga maruah.
BalasPadamLepas tu sembang di ruang tamu..
Akhirnya secara terbuka..
Sudah tentu ada kritikan dan ada cadangan penyelesaian.
Ia datang dari seorang tua berpengalaman kepada seorang budak tua yang sedang lari-lari jatuh.
Undur dan ganti satu pilihan tepat untuk meminimakan risiko. Itu sudah diimplementasi dalam semua bidang,politik, ekonomi dan sosial.
Orang kencing manis, potong kaki untuk selamatnya nyawa. Kalau tak potong pun boleh tapi risikonya ?
'Cuma cara kita nak buat penjelasan tu agak lambat, dan penjelasan yang diberi pun tak tepat'
BalasPadamSangat lambat dan berbelit.......
Rakyat menjadi pandai hasil DSN menaik taraf pendidikan setara Negara maju.....
JIKA DAH RAKYAT SUDAH PANDAI,MAKA PEMIMPIN MESTI LEBIH CERDIK ...