Ya! Sudah pasti itu jawapannya. Surat yang katanya dikeluarkan oleh Spekear Dewan Rakyat ini adalah palsu. Ianya sudah diedit dan diubah oleh orang lain untuk mengelirukan keadaan.
Malah, kenyataan Tan Sri Pandikar Amin yang disiarkan didalam laman media sejak semalam juga telah diputar-belitkan oleh pihak media untuk menunjukkan seolah - olah Tun Mahathir menipu.
Jika semalam, Tun Mahathir kata, Tan Sri Pandikar Amin ada jumpa dia dan menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Speaker kerana tidak menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib.
Tapi kenapa pulak Tan Sri menafikan kenyataan yang dibuat oleh Tun? Kenapa pulak Tan Sri keluarkan kenyataan mengatakan yang dia tetap akan meneruskan tugasnya seperti biasa?
KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Katanya, beliau akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.
"Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagidua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei 2015 (Isnin ini)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan di portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di Ipoh pada Sabtu mengatakan Pandikar telah berjumpa dengannya dan telah memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Pandikar berkata beliau turut akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.
Adakah Tan Sri dah buat 'Pusingan U'? Atau, adakah Tan Sri sudah diugut dan dipaksa oleh pihak - pihak yang tertentu agar menafikan kenyataan yang telah dibuat oleh Tun sebelum ini?
Sudah pasti, dengan kenyataan yang bertentangan seperti ini membuatkan salah seorang dari mereka berbohong. Dan tak mungkin pulak Tun Mahathir tu sanggup menipu didepan khalayak ramai. Sudah pasti ianya satu propaganda untuk memburukkan nama Tun!!!
Saya dah agak dah dari awal.
BalasPadamCoba bandingkan surat yang mula2 sekali muncul dalam blog2 tertentu.
1. Tanpa no ruj
2. Tanpa tarikh
3. Tanpa ditandatangani
4. Baca petenggan pertama dengan teliti
Lepas itu baca lagi surat kedua yang muncul dalam blog sealiran dengan blog pertama.
1. Ada nomber rujukan
2. Ada tarikh diletakkan
3. Ada tanda tandatangan
4. Baca perenggan pertama dengan hati2.
Nyata surat pertama tak sama dengan surat kedua
Perenggan pertama berubah makna.
Kalau dimahkamah tentu tak boleh pakai.
Seolah2 ada pemalsuan keatas surat2 tersebut. Berkemungkinan.....pandikar sendiri tak tahu tentang surat ini....wallahuaklam
Just wonder if pro najib bloggers could confirm the authenticity of the media statement and or letter purportedly sign by pandikar amin.
BalasPadamLets hear from ronald kiandee, salleh keruak and rahman dahlan....
KOTA BELUD 17 Mei - Yang Dipertua Dewan rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui ada berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun pertemuan itu hanya berkisar isu politik semasa.
BalasPadamJelas beliau, pertemuan itu bukannya sesuatu yang luar biasa kerana Dr. Mahathir merupakan mentor dan juga guru politik kepada semua pemimpin politik khususnya di negara ini.
“Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara. Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.
“Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr. Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tak akan letak jawatan. Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Karnival BE Skills GiatMara Negeri Sabah di Dataran GiatMara Kota Belud di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/memang-saya-ada-berjumpa-dr-mahathir-pandikar-amin-1.92941#sthash.5mzd8RK8.dpuf