Ahad, Mei 17, 2015

Halamak ai!!! Apa la malangnya nasib penduduk dikawasan Parlimen Pokok Sena tu bila mereka dapat seorang Ahli Parlimen macam Si Mahfuz Bean ni ek. Memang rugi betul nasib diorang.

Sudah la dapat seorang pemimpin yang kuat MENIPU dan MENABUR FITNAH. Sekarang dah kantoi pulak dengan isu penyelewengan dana awam yang dihulurkan oleh rakyat.

Sebelum ini, puas Si Mahfuz Bean tu berkokok sambil buat tuduhan tanpa sebarang fakta serta bukti yang sah berhubung isu pembelian tanah milik 1MDB oleh pihak Lembaga Tabung Haji.

Puas Si Mahfuz Bean tu jaja cerita yang KONONnya Tabung Haji telah menyalah-gunakan duit simpanan dari pencarum untuk membeli tanah tersebut tanpa pengetahuan penyimpan.

Tapi ternyata, otak Si Mahfuz Bean tu tak sama macam otak rakyat Malaysia ni. Maka sebab itu dakyah pembohongan dan fitnah yang ditaburkan oleh Si Mahfuz Bean tu tidak mendapat perhatian.

Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu pulak yang mula hilang akal bila isu penyelewengan dana awam melalui Tabung Memali yang telah ditubuhkan oleh PAS sebelum ini dibangkitkan semula.

Persoalannya cukup mudah. Ke mana perginya duit yang dah dikutip oleh puak - puak PAS yang dianggotai oleh Si Mahfuz Bean tu? Adakah duit tu telah diambil oleh orang bunian untuk buat pampasan?

Tak dapat jawab soalan yang dibangkitkan oleh orang luar mengenai Tabung Memali tu, Si Mahfuz Bean ni cuba ubah cerita dan letak pulak kesalahan mengenai kehilangan duit Tabung tu kepada pihak Polis.
“Ini kes lama dan disiasat polis. Malah ia juga sudah ditutup. Kalau dia nak tahu juga kena tanya sendiri dengan polis,” katanya kepada Sinar Harian selepas selepas menghadiri Himpunan Pendidik Islam 3.0 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini.
Adalah sesuatu yang sangat mustahil sekiranya Si Mahfuz Bean tu tak tau ke mana perginya duit Tabung Memali tu sedangkan benda lain, dia kelihatan lebih Pakar dari Pakar yang berkaitan.

Sekarang, Si Mahfuz Bean tu sendiri telah terjerumus ke dalam perangkap yang dia pasang sebelum ini untuk menjerat orang lain. Dia kata orang buat penyelewengan, tapi penyelewengan yang dilakukan oleh parti sendiri, dia buat - buat tak nampak pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping