![]() |
| Sebenarnya, Mak Ayah macam ni la yang abaikan pendidikan anak - anak!!! |
Kalau sebelum ini Calon PAS dalam PRK Parlimen Rompin ni sesuka hati je buat dakwaan terhadap anak - anak muda disekitar kawasan Rompin ni. Dia kata anak - anak muda di Rompin ni suka melepak.
Dan yang lebih mengejutkan ialah apabila Calon PAS di PRK Rompin ni membuat tuduhan dengan menggambarkan ibu bapa dikalangan warga peneroka tak beri penekanan terhadap pendidikan kepada anak - anak.
Maka, kita cuba jugak cari pandangan anak - anak muda yang duduk di Rompin ni terhadap kenyataan yang dibuat oleh Si Calon PAS tu. Betul ke dakwaan yang dibuatnya sewaktu temubual dengan media tu?
Hasil dari tinjauan yang kita buat, isu mengenai masalah melepak ni tidak la terlalu membimbangkan sangat. Kalau setakat melepak diwaktu petang atau diwaktu malam bersama rakan - rakan dikedai makan, itu kira biasa.
Tidak la sampai tahap membimbangkan seperti mana yang didakwa oleh Calon PAS tu sebelum ini. Kalau kita baca kenyataan yang dia buat, seolah - olah budaya lepak ni cukup merbahayakan.
Mungkin Calon PAS dalam PRK Rompin ni terasa diri dia lebih bagus dari orang lain kot. Maka sebab itulah dia keluarkan kenyataan sedemikian. Al-maklum la, dia kan budak belajar Universiti. Tapi malangnya, nak perjuangkan agenda parti sendiri pun dia takut!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.