Khamis, Mei 21, 2015

Hek-eleh!!! Ini macam nak jadi pejuang? Baru orang gertak sikit je dah merajuk. Baru orang pertikaikan sikit, dah mula dah dia nak naik angin satu badan. Pejuang menda jadahnya kalau macam tu?

Hakikatnya, Si Asmuni Awi ni kena sedar dengan diri dia sendiri. Dia kena tau yang ramai orang dah hilang keyakinan terhadap kemampuan dia untuk menjalankan amanah yang telah diberikan.

Sekiranya, Si Asmuni Awi tu seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan sedar dengan kelemahan diri dia sendiri, maka dia yang patut berundur. Bukannya tunggu orang lain undurkan dia.

Bukan kali pertama isu mengenai kelemahan dia mengendalikan pemilihan parti. Tapi masuk kali ini, dah dua kali dah dia dipertikaikan. Takkan itu pun dia masih lagi tak sedarkan diri?

Takkan nak tunggu orang pecat dia baru dia nak sedar dengan kesilapan dia? Apa gunanya dia marah pada wartawan dan orang yang mengajukan soalan sedangkan kesilapan tu dia sendiri yang buat?

Dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, Si Asmuni Awi tu dengan nada marah menjawab soalan dari kalangan wartawan yang membangkitkan isu mengenai soal pemilihan.
"Tunggulah dulu... tidak adil untuk buat penilaian awal, saya diamanahkan lakukan tugas berat oleh Jawatankuasa Pusat untuk melaksanakan tugas ini dengan seadilnya. Saya tidak kira siapa yang menang, siapa yang dipilih itu bukan hak saya. Itu hak pemilih. 

"Kita buat kerja dahulu... kita adakan mesyuarat hampir tiap malam untuk memastikan segalanya lancar. Kalau ada cadangan baik berilah, jangan main tembak tidak adil," katanya dalam nada marah.
Nah! Itu membuktikan yang Si Asmuni Awi tu sendiri tidak dapat mengawal keadaan dan mudah sangat melenting apabila dia diberikan tekanan. Jadi, bagaimana mungkin dia dapat menjalankan tugas dia dengan baik.

Sudah pasti ada sebab orang bangkitkan isu tu dan dia sepatutnya sudah sedia maklum mengenainya. Jadi, untuk apa lagi dia masih nak pegang jawatan kalau orang lain dah terang - terangan mempertikaikan kemampuan dia sendiri secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping