Nampak gayanya Kempen pemilihan PAS dilihat semakin agresif pada saat - saat akhir apabila wujudnya risalah yang melabel sesetengah pemimpin yang tertentu sebagai Perosak Parti.
Ditemui diletakkan secara meluas di hentian R&R Kundang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LTAR), risalah berkenaan memaparkan kumpulan 'Pendukung Fahaman Liberal' dan kumpulan yang 'tunduk kepada pendukung liberal'.
Risalah dengan saiz berukuran A4 dengan cetakan berwarna penuh itu menyenaraikan gambar barisan kempimpinan tertinggi PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri bagi sesi 2013-2015.
Daripada 54 gambar dan nama pemimpin yang disenaraikan, 17 daripadanya ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang berada dalam kategori 'wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam'.
Pemimpin yang terdapat dalam kumpulan ini dikatakan cuba menggerakkan agenda subversif untuk menghapuskan dominasi kepimpinan Ulama yang selama ini telah menjadi tunjang didalam PAS.
Bukan itu sahaja, mereka yang tersenarai dalam kumpulan ini turut didakwa membawa agenda 'Tuan Politik' luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja.
Antara yang berada dalam senarai kumpulan biru ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.
Selain itu, lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga kerana dikatakan sebagai 'pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme' dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan.
Diantara pemimpin yang tergolong dalam umpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.
Penyebaran risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada petang Khamis. Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat.



Mereka berpecah dengan begitu teruk sekalii....!!
BalasPadam