Selasa, Jun 23, 2015

Kita kena terima hakikat, banyak sangat benda yang berlaku di Malaysia sekarang ini, tak berlaku secara telus. Ada sahaja yang tak kena. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Bukan sebab niat tak baik, tapi cara kita yang kendalikan sesuatu perkara itu yang tak betul.

Kalau semua benda dibuat atas dasar yang betul. Pengendali betul. Pentadbir betul. Rasanya kerajaan yang ada ini memang banyak bekerja untuk rakyat.

Tapi bila nama-nama sama yang digunakan keliling – baik dalam syarikat, baik dalam agensi, baik dalam badan berkanun, baik dalam yayasan, orang pun jadi pelik dengan apa yang sedang berlaku.

YR1M yang dibangkitkan oleh Wall Street Journal adalah contoh. Mungkin niat YR1M ini baik, tetapi siapa pelaksana dan pengendalinya yang jadi isu. Maka timbul balik nama macam Lodin Wok. Nama macam Wan Shihab. 

Semua ini nama yang memenatkan. Imej pun tak berapa cantik. Takkanlah PM tak cukup orang yang dipercayai sampai kena guna nama orang yang sama dalam setiap perkara.

Jawatan juga macam tu. Irmohizam, contohnya, ada dalam LKIM, dalam PTPTN, ada dalam 1M4U. Ada sebagai Pengarah Strategi Presiden UMNO (apa kerja dia sebenarnya?).

Setakat ini, Selangor nampak macam tak ada strategi. Main belasah ikut suka. Sampai ada Menteri relak ajer boleh bagi bantuan kepada YB DAP. Bantu tingkatkan pelancongan kononnya.

Jangan hipokrit lah. Ini bukan masa jaga pungkok sendiri. Kena tengok parti sama. Betul juga kata Dato’ Ketua Bahagian Sg Besar, mana harga diri sebagai pemimpin Bahagian bila Menteri melangkah Bahagian dan buat kerja dengan DAP. Baik Dato’ Jamal buang sahaja sampin harga RM7k dia tu.

Apa yang jadi kepada PM sekarang ini adalah apabila orang kanan-kiri makan untuk diri sendiri. Peduli apa dia orang imej boss teruk. Janji tengkuk sendiri lepas. Setahu blog ini, tak ada satu bantuan pilihanraya yang datang dari YR1M. 1M4U mungkinlah ada. - Gelagat Anwar
Categories: ,

3 ulasan:

  1. selama ni korang tak sedor ke.....
    dah terantuk baru nak sedar....
    masih belum terlewat utk mengubah...
    itu pun kalo ade tel*r...hihihi

    BalasPadam
  2. THE HYPOCRITES (MUNAFIQ) ,MEN AND WOMEN,ARE FROM ONE ANOTHER,THEY ENJOIN (ON THE PEOPLE) AL -MUNKAR (DISBELIEF,MUSYRIKUN,KAFIR INFIDEL,ALL THAT ISLAM HAS FORBIDDEN),AND FORBID (PEOPLE) FROM AL -MAKRUF ( ISLAM,ALL THAT ISLAM ORDERS ONE TO DO), AND THEY CLOSE THEIR HANDS (FROM GIVING SPENDING IN ALLAH CAUSE AIMS).THEY HAVE FORGOTTEN ALLAH SWT ,SO ALLAH SWT HAS FORGOTTEN THEM.VERILY,THE HYPOCRITES ( MUNAFIQ ) ARE THE FASIQUN( REBELLIOUS,DISOBEDIENT TO ALLAH SWT). S.AL TAUBAH.V.67.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping