Penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mendakwa isu berpakaian tidak sopan atau menjolok mata ketika berurusan di pejabat kerajaan merupakan usaha ultra kiasu menjadikan negara ini lebih barat dari barat.
Katanya, ia merupakan perang psikologi oleh utra kiasu untuk meliberalkan orang Islam dan menjauhkan orang bukan Islam daripada Islam supaya mereka tidak mudah tertarik seterusnya beralih kepada agama lain.
Ridhuan Tee juga turut berkata, adalah amat malang apabila Jabatan dan agensi kerajaan cepat sangat melatah dan tunduk kepada tuntutan ultra kiasu tanpa sebarang usul periksa.
"Sudah lama peringatan dan kenyataan dipaparkan. Mereka sengaja gatal dan menguji kita. Mahu jadikan Malaysia lebih barat dari barat.
"Adakah peraturan itu salah? Adakah suatu masa nanti, ultra kiasu bertelanjang ke pejabat, baru nak bertindak? Tidak ada agama yang membenarkan pakaian menjolok mata,” tulisnya di Sinar Harian.
Katanya, perkara itu adalah merupakan salah satu perjuangan ultra kiasu untuk menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara sekular, demokrasi tanpa sebarang had dan hak asasi multak.
"Apakah umat Islam yang menyokong dan menyertai ultra kiasu tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh menjejaskan akidah?" soalnya.
Ridhuan Tee juga membidas Kumpulan 18 atau G18 dalam Pas yang mempertahankan ultra kiasu cauvinis sehingga tergamak memberi tempoh 100 hari kepada Pas menarik balik keputusan berpisah dengan DAP.
“Dalam kepala ultra kiasu Pas ini hanya nampak mahu menjatuhkan UMNO dan menjadi menteri. Malah, sanggup menubuhkan parti baru dan tanpa segan silu memberi amaran kepada pemimpin Pas yang lain,” katanya.
PS: Kesimpulan mudahnya, puak - puak Ultra Chauvanist tu tetap jugak dengan perjuangan subversif diorang untuk memerintah. Yang geng - geng G18 tu pulak hanya berjuangan untuk kepentingan Politik Peribadi diri sendiri je!!!
Aku lagi menyampah bila pergi pasar ramadhan.. dah la pakai seluar pendek bole lagi makan minum depan org muslim yg tgh berpuasa nak hormat lagi le bangsa nie. Nasib baik aku posa kalau tak mau aku sound.
BalasPadamnew souls energy for muslimin....
BalasPadam