![]() |
| Ingatkan drama menjual 'Air Mata Buaya' ni orang pompuan je yang pandai... Tak sangka orang lelaki pun pandai jugak!!! |
Drama betul la puak - puak PAS ni. Banyak pulak songehnya yang diorang pamerkan dalam pemilihan kali ini. Banyak sangat nak tunjukkan kemaluan diri sendiri dari pengukuhan parti.
Kali ini, para perwakilan seolah - olah menyaksikan satu drama yang suatu ketika dulu pernah ditayangkan oleh parti lain. Mungkin sebab diorang ni dah ketandusan idea gamaknya.
Dek kerana rasa kecewa dengan kekalahan yang dihadapi sebelum ini, maka mula la mereka menjual air mata dengan bercerita pengenai 'Pengorbanan' yang telah diberikan selama hari ini.
Tinggal lagi, cerita pasal 'Pengorbanan' yang dilalui oleh Si Hanipa ni sudah pasti akan dibidas semula oleh perwakilan sebab 'Pengorbanan' dia bukannya percuma. Sebaliknya, berbayar.
Adalah mustahil sekiranya Si Hanipa ni menguruskan sesuatu kes yang berkaitan dengan mana - mana pemimpin PAS tu diberikan secara percuma. Sudah pasti khidmat yang diberikan berbayar.
Maka sebab itulah Si Hanipa tu tampil bercerita mengenai seorang petugas PAS yang sudah meninggal dunia. Hanya cara itu sahaja yang mampu membuatkan dia boleh menjaja 'Air Mata Buaya'.
Hanipa yang juga bekas Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika bercerita mengenai seorang petugas PAS, Syed Mohamad Syed Hasan yang sudah meninggal dunia.
Bagaimanapun Hanipa tidak sempat menghabiskan ceritanya bersama Syed Mohamad kerana gagal mengawal kesedihannya.
Melihat kepada keadaan Hanipa itu, Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz segera bangun membawa sekotak tisu untuk Hanipa. - lapor MStar
Kalau nak dikirakan dari apa yang disampaikan oleh Si Hanipa tu bukannya cerita pasal 'Pengorbanan' dia. Tapi sebaliknya cerita mengenai 'Pengorbanan' yang diberikan oleh petugas PAS tu sahaja.
Jadi, tak perlu la Si Hanipa tu nak menjaja cerita sedih kononnya dia dah banyak bagi sumbangan kepada PAS sejak dia menyertai parti itu sebelum ini. Kot masa dia melangkah masuk dulu pun, bukannya dia ada jawatan. Kenapa boleh pulak dia berikan sumbangan!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.