SOKONG 200 peratus!!! Kalau betul YAB Perdana Menteri nak buat rombakan Kabinet, mintak tolong jangan dilantik Menteri yang setakat pandai buat kenyataan yang menyusahkan orang lain.
Cari la mana - mana pemimpin yang bijak sikit untuk keluarkan kenyataan ni. Jangan bagi muka sangat dengan Menteri yang setakat 'Nak Tunjuk Pandai, Tapi Isi Dalamnya KOSONG'!
Rasanya Barisan Nasional masih tak ketandusan dari segi kepimpinan dikalangan Ahli Parlimen yang cukup berketerampilan dan boleh dibawa ke depan bagi menggantikan mereka yang dah 'Season'. Kalau tak menyusahkan orang, tak pe jugak jadi Menteri!!!
SHAH ALAM- Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
“Lantiklah Menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang. Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi. Najib, ketika menjawab mengenai spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
clown minister.....
BalasPadam