Alamak ai!!! Masih tak sedar diri lagi ke Si Menteri Besar ni? Kenapa sampai hari ni dia masih lagi tak menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat? Dah dah tak pasal - pasal je jadi bahan persoalan.
Jika sebelum ini, bukan main lagi Si Menteri Besar ni bercakap mengalahkan dia tuhan. Kononnya dia lebih baik dari orang yang sebelum dia. Maka sebab itu dia beria - ia sangat nak rampas jawatan.
Sekarang, satu hapah pun dia masih lagi tak mampu nak laksanakan. Sampah sarap masih lagi berterabur merata - rata. Longkang masih banyak lagi yang tersumbat. Mana pergi janji - janji dia sebelum ini?
Kalau dulu, dia buat Si Khalid Ibrahim tu macam tak reti buat kerja. Kononnya kalau dia yang jadi Menteri Besar, sudah pasti semua masalah rakyat ni boleh diselesaikan dalam sekelip mata je.
Tapi hakikatnya, masalah air yang dihadapi oleh rakyat sampai hari ni pun masih lagi tak selesai. Masih lagi tergantung. Itu menunjukkan yang Si Menteri Besar Selangor tu setakat pandai bercakap je!!! Kerja satu hapah pun dia tak reti buat!!!
PELABUHAN KLANG: Kelewatan Kerajaan Selangor menyelesaikan penstrukturan semula air bakal menyebabkan rakyat menderita.
Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bukan sahaja Langat 2 tidak dapat diteruskan malah kerajaan Selangor juga tidak melaksanakan projek HORAS yang bertujuan menambah bekalan air bersih.
“Kerajaan Negeri perlu cepat bertindak bagi memenuhi keperluan pengguna dan industri. Tiada alasan untuk pengambilalihan air oleh kerajaan negeri ditangguhkan lagi kerana perkara asas perjanjian telah saya selesaikan, katanya yang meletak jawatan September tahun lalu.
Abdul Khalid berkata, masalah kewangan bukan alasan kerana kerajaan Persekutuan telah setuju memberi dana RM2 bilion untuk kerajaan Selangor ambil alih empat syarikat konsesi.
“Jumlah ini tidak seberapa berbanding aset-aset air yang dimiliki kerajaan negeri yang dianggarkan bernilai RM7 bilion,” katanya.
Katanya, isu pemilikan tanah sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk pengambilalihan itu ditangguh kerana ia telah pun dipersetujui antara kerajaan negeri dan Persekutuan sebelum ini.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mendakwa bekakan air terawat berada paras kritikal kerana projek penambahan air tidak dapat dilaksanakan sehingga penstrukturan selesai


Mula2 jd mb dulu dia masuk parit, masuk longkang, masuk lori sampah, basuhkan baju rakyat. Kini apa salahnya tolong bawak lori air hantar rumah rakyat terputus bekalan air. Azmin antara mb hebat aka musibat.
BalasPadam