Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yang dituduh menjadi dalang disebalik dakwaan untuk menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya tampil membuka mulut.
Bagaimanapun Dr Hatta mendedahkan bahawa pihak yang menuduhnya iaitu Ketua Pemuda PAS Kuantan, gagal memberikan kerjasama terhadap siasatan walaupun diberikan peluang untuk berbuat demikian sebanyak dua kali.
“Jawatankuasa Khas siasatan panggil Ketua Pemuda PAS Kuantan dan saya untuk mendapatkan malumat untuk menyiasat, saya bersedia.
“Tapi penuduh tak datang, dengan alasan dia tidak memberi keyakinan kepada enam anggota Jawatankuasa Khas siasatan.
“PAS pusat bagi peluang kedua, panggil saya juga. Surat kedua bukan lagi siasat tapi bela diri. Namun akhirnya dia tak datang juga,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Sabtu.
Ahli Parlimen Kuala Krai itu juga berkata, antara anggota Jawatankuasa Khas siasatan itu ialah Setiasusaha Agung PAS, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Idris Ahmad dan Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Februari lalu, Ketua Pemuda PAS Kuantan mengadakan prostes dihadapan Pejabat Agong PAS di Kuala Lumpur bagi menggesa beliau meletak jawatan kerana didakwa menggerakkan komplot menggulingkan Hadi.
Dr Hatta didakwa mengeluarkan arahan menerusi kumpulan Whatsapp bernama ‘Hawii Five-O’ supaya ‘menyerang’ Presiden PAS. Salinan Akuan Bersumpah bagi menyokong dakwaan itu turut diedarkan kepada pihak media.
Sebelum ini, seorang perwakilan PAS meminta penjelasan berhubung hasil siasatan mengenai ‘Hawaii Five-O’ seperti yang terkandung dalam buku laporan tahunan PAS. Mengulas lanjut Dr Hatta berkata, dakwaan berkenaan ternyata memberi kesan kepada masa depannya dalam PAS.
“Saya minta kepastian nak teruskan (siasatan) atau tidak? Saya nak masuk pemilihan parti dalam keadaan bersih… supaya boleh menang.
“Tapi beliau tak datang siasatan. Sebab itu kes ini ditutup. Akhirnya saya dapat 368 undi sahaja,” katanya.
Pada pemilihan sesi kepimpinan baharu PAS bagi sesi 2015-2017 Khamis lalu, Dr Hatta yang dilabel dalam kumpulan profesional pro-Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kedudukannya dalam senarai 18 AJK PAS Pusat.


Tu le pas kini... Fitnah saja dah laku.. Jenis ustaz mana mau pikir... Dgr cerita pun cukup.. Pas zaman merubdum bila ustaz berfitnah.. Kalau kita buka mulut kata fitnah.. Tp depa buat fitah itu kira ok.. Tok ketua boleh senyap.. Budaya yg akan merugi dan membunuh pas dr dalam.. Bukan dap yg buat khianat tetapi sesama ahli.. Puas ati ustaz kuantan tu kan... Sapa ketua emuda pas kuantan tu.. Nak juga knl...
BalasPadam