Heh! Siapa sangka. Keterujaan Si Nurul Izzah tu nak serang Barisan Nasional semalam dah terkena pada batang hidung dia sendiri. Sekarang, giliran kain dia pulak yang terselah dikhalayak ramai.
Jika semalam, Si Nurul Izzah tu mendesak agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya buat siasatan menyeluruh terhadap dana yang digunakan untuk kempen Pilihan Raya Barisan Nasional.
Tapi Si Nurul Izzah tu sedar atau tidak bahawa rakyat sehingga hari ini masih meragui sumber dana yang digunakan oleh puak - puak PKR tu untuk berkempen disana sini sepanjang tahun.
Kalau sebelum ini, kita ada dengar dan membaca laporan mengatakan PKR menggunakan dana yang disalurkan oleh George Soros melalui beberapa agensi - agensi diperingkat Antarabangsa.
Malah, kita jugak ada baca pendedahan yang dibuat mengenai sumber kewangan puak - puak PKR tu datangnya dari beberapa 'Pertubuhan Rahsia' yang didalangi oleh puak - puak Pro Yahudi.
Diantara yang disebut, dana kewangan yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED) dan juga beberapa organisasi Antarabangsa diberikan kepada NGO di Malaysia termasuk PKR sendiri.
Bahkan laporan sebelum ini juga turut mendedahkan mengenai dana yang disalurkan oleh Open Society Foundation yang diasaskan oleh Soros bagi tujuan untuk menggantikan Kerajaan sedia ada dengan Kerajaan Proksi yang Pro Yahudi.
Yang peliknya, kenapa sampai hari ini Si Nurul Izzah tu sendiri tidak tampil menjelaskan dari mana dia dapat sumber kewangan yang begitu besar untuk dibelanjakan sesuka hati dia?
Persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat, dari mana Si Nurul Izzah tu dapat duit untuk pergi keluar Negara dan menerima layanan 'First Class' bagi tujuan memburuk - burukkan Kerajaan Malaysia?
Bagaimana mungkin gaji yang dia miliki sebagai Ahli Parlimen Biasa membenarkan dia untuk bermewah - mewah seperti mana yang ditonjolkan pada hari ini? Lain la kalau duit dia turun dari langit!
Jadi, tak payah la Si Nurul Izzah tu sibuk nak buat desakan terhadap orang lain kalau dia sendiri pun TAKUT nak mendedahkan dari mana dana yang dia sendiri perolehi. Jangan sibuk sangat nak selak kain orang. Takut nanti kain sendiri pulak yang terlondeh!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.