Jumaat, Jun 05, 2015

Saya perlu berpura-pura gembira.” Demikan kata bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hatta Md Ramli ketika mengulas mengenai kekalahannya dalam pemilihan parti itu yang berlansung pada Khamis.

Selepas bercakap kepada media, Hatta bergegas masuk ke Stadium Tertutup Kuala Selangor di mana berlangsungnya hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-61. Hatta bukan satu-satunya pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan kali ini.

Majoriti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam kepimpinan terdahulu yang tewas dilihat hadir dan berada di pentas bersama kepimpinan lain sebelum pengumuman keputusan penuh dibuat dalam Muktamar PAS pada Jumaat.

Antara yang dilihat hadir selain Hatta ialah Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Khalid Samad serta Mujahid Rawa. Kira-kira 10 minit selepas muktamar bersambung, Si Mat Sabu dilihat naik ke pentas.

Mohamad atau lebih terkenal dengan panggilan 'Mat Sabu' kalah teruk dengan hanya mendapat 279 undi berbanding pencabarnya, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 881 undi.

Ketika Pengarah Muktamar Tahunan PAS ke-61, Takiyuddin Hassan mengumumkan senarai keputusan penuh pemilihan, perwakilan dan pemerhati PAS melaungkan takbir apabila nama daripada kumpulan pro-ulama diumumkan menang.

Mengulas lanjut, kata Dr Hatta, keputusan pemilihan turut menyaksikan perwakilan PAS memilih berdasarkan perkembangan yang berlaku di peringkat kepimpinan sayap.
“Seperti yang kita lihat ada trend telah dibuat dalam muktamar dewan-dewan. Jadi keputusan di peringkat pusat pun ikut trend yang dilakar di dewan tersebut.
“Bukan sesuatu yang memeranjatkan. Kita nampak ramai jawatankuasa pusat yang lalu tak terpilih dan saya rasa itu juga boleh berlaku dalam sistem pemilihan mana-mana organisasi.
“Perwakilan dah buat keputusan, jadi kita harus terima keputusan tersebut walaupun ada rasa terkilan atau sedih. Itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan,” katanya.
Sementara itu, Salahuddin yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden PAS berkata, keputusan pemilihan PAS memperlihatkan perwakilan parti itu mahu meletakkan jurang yang besar antara kumpulan ulama dan profesional.

PS: Inilah bahananya bila kuat sangat 'Menongkat Langit' sampai tahap lupa diri. Sekali sekala kena batang hidung sendiri, baru diorang sedar diri sikit. Kalau tak sedar jugak, memang jahanam la jawabnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping