Isnin, Jun 29, 2015

BAGI anda yang berkemampuan dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, bolehlah membida set nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat khas baharu iaitu PATRIOT.

Set nombor plat ini dikhabarkan adalah set nombor pendaftaran termahal di Malaysia setakat ini. PATRIOT boleh dibida pada harga bermula RM1 juta dan lima nombor pertamanya memerlukan deposit sebanyak 20 peratus.

Bidaan dikatakan telah pun bermula 1 Jun lalu dan keputusannya hanya akan diketahui pada 30 Jun ini. Siri nombor plat eksklusif ini ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) sebagai sebahagian daripada usaha penjanaan dana untuk menggalakkan kesederhanaan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun bersetuju nombor pendaftaran istimewa ini diberikan khusus kepada yayasan berkenaan. Pengarah projek khas YPN Mass Ayu Mass Akbar berkata, JPJ memberikan kebenaran kepada organisasi itu untuk melelong nombor Patriot 1 sehingga Patriot 9999.

“Satu surat kuasa akan diberi kepada pembeli yang perlu membawanya ke JPJ Wangsa Maju untuk pendaftaran dan bagi yang tidak berjaya membida, wang deposit akan dipulangkan,” katanya dalam satu laporan The Star.

Harga bidaan paling minimum untuk kategori perdana iaitu PATRIOT 1 hingga 10 ditawarkan pada harga RM380,000 hingga RM1 juta. Setakat ini sambutan amat memberangsangkan dan beberapa individu terkemuka telah pun bersaing untuk plat satu digit itu.

Bidaan tertinggi setakat ini ialah nombor plat PATRIOT 1 yang telah mencecah harga RM 1,308,000. Ini sekaligus mencatat  sejarah baharu dalam penjualan nombor plat kenderaan termahal di Malaysia, iaitu melepasi RM 1 juta.

Sebelum ini, nombor plat termahal ialah WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail pada harga RM520,000 pada 2012. Nombor PATRIOT 1 dilaporkan mendapat bidaan tertinggi dari pembida tidak ingin dikenali di selatan tanah air.

PS: Huh! Nombor plate tu sahaja boleh buat 10 buah rumah mampu milik yang berharga RM 150ribu sebijik. Rasanya buat rumah mampu milik tu lebih berfaedah. Dapat jugak membantu mangsa banjir yang kehilangan rumah di Kelantan!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. lend me a house, i'm your neighbour! yeah,sure come......

    BalasPadam
  2. where is the love...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping