Ahad, Jun 07, 2015

Heran pulak kita dibuatnya. Macam dron ni la tempat yang paling selamat untuk seluruh umat manusia. Habis seluruh rakyat dunia ni dah Gila Dron belaka gamaknya sejak akhir - akhir ni.

Kalau sebelum ni, ada yang bagi pendapat agar menggunakan dron untuk memantau aktiviti penerokaan tanah haram. Ada jugak yang desak supaya guna dron bagi memantau kemasukan pendatang asing.

Mungkin dengan menggunakan teknologi dron ni, diorang ingat mampu selesaikan semua masalah agaknya. Tu pasal la semua benda pun diorang bagi cadangan untuk menggunakan dron.

Kalau di Negara China pulak, diorang gunakan dron ni untuk memantau aktiviti pelajar yang suka meniru sewaktu menjalani ujian peperiksaan yang dijalankan. Nak pulak bagi peperiksaan yang sukar.

Mungkin bagi mereka, dengan menggunakan cara tu, maka makin susah la pelajar tu nak lulus dalam ujian yang diberikan. Jadi, jumlah mereka yang layak akan bertambah berkurangan.

Mungkin dengan cara itu dapat membuatkan kualiti dikalangan pelajar yang berjaya dapat dijamin. Mana tidaknya. Pelajar yang lulus tu bukan sahaja dapat jawab soalan peperiksaan yang diberikan.

Malah pelajar tu jugak boleh memberikan fokus 120 peratus kepada soalan didalam kertas daripada diganggu oleh dron yang berterbangan didepan, belakang, kiri, kanan dan atas kepala mereka.

Itu membuktikan kemampuan tambahan bagi pelajar yang berjaya tu. Jangan lepas ni, mak ayah pakat guna dron untuk pantau setiap pergerakan anak - anak pulak sudah la. Lagi naya kalau Si Isteri menggunakan dron untuk memantau pergerakan suami. Lagi haru dibuatnya!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Masalah mungkin tak selesai 100%, tak kurang banyak sikit pun jadilah...dron pun buka mahal sangat.....tapi yang penting penguatkuasaan lagi berkesan...hapus rasuah, buang kakitangan tak bertanggungjawab......all in all boleh selesai.

    BalasPadam
  2. Apa di indonesia sudah ada?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping