"I Really Hope Tun Would Come". Itu luahan ikhlas yang dinyatakan oleh seorang sahabat bila mendengar berita mengenai kehadiran Ikon Negarawan Ulung itu dalam sidang dialog yang dijadualkan hari ini.
Semalam kita dah baca kenyataan mengenai kehadiran Tun ke sesi dialog bersama YAB Perdana Menteri anjuran SukaGuam di PWTC yang diwar-warkan didalam laman media sosial.
Rata - rata pandangan yang diberikan, kehadiran Tun itu bakal menghangatkan lagi sesi soal jawab bersama Perdana Menteri mengenai isu hangat 1MDB yang mendapat perhatian sejak akhir - akhir ini.
Namun bagi sahabat kita tu, kehadiran Tun tu sangat - sangat dialu - alukan bukan untuk menjadi sesi dialog itu lebih kontroversi. Tetapi dia bimbang Tun bakal terperangkap dalam jerat propaganda media.
Katanya, jika Tun tidak menghadirkan diri seperti mana yang digembar - gemburkan sebelum ini, maka ianya akan menjejaskan reputasi Mantan Perdana Menteri Malaysia tu sendiri.
"If Tun doesn't show up, then he might be caught in a web of proganda played by the media afterward. (Jika Tun tak datang, dia mungkin akan terperangkap dalam permainan propaganda media selepas ini)."
Dalam erti kata lainnya, kalau Tun tak datang, maka sudah pasti akan ada pulak pihak yang bakal mengadu domba dan membuat dakwaan yang bukan - bukan terhadap Ikon Negarawan Ulung tu sendiri.
Sudah pasti akan ada suara - suara sumbang yang bakal mendakwa Tun takut nak berdepan dengan Kebenaran sehingga enggan hadir dalam sesi dialog yang dijadualkan berlansung hari ini.
Walaubagaimana pun, masih ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa kehadiran Tun itu tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh 1MDB pada ketika ini.
Tapi, spekulasi tu akan hanya tinggal spekulasi sekiranya Tun menampilkan diri dan terlibat dalam sesi dialog bersama Perdana Menteri tu hari ini. Maka tinggi harapan dikalangan rakyat agar kemelut diantara mereka dapat diselesaikan. Jadi, kita tunggu dan lihat!!!


"I Really Hope Tun Would Come" -----> Bahasa Jiwa Bangsa
BalasPadamKenapa dr semlm x batal awal2? Klo x boleh berdepan.. buat lah confrence dialod dlm tv.. tempat lain2..
BalasPadam