Sabtu, Jun 27, 2015

Keputusan menangguhkan pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun depan selama 18 bulan merupakan tindakan biasa, yang turut dilakukan sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno itu berkata, beliau juga pernah menangguhkan pemilihan UMNO ketika memimpin parti utama Barisan Nasional (BN) itu berikutan beberapa sebab.
"Saya dulu pun biasa tangguh juga (pemilihan UMNO). Saya tangguh pasal takut bergoncang dalaman, masalah dan perpecahan," katanya kepada pemberita ketika melawat Ukir Mall yang menempatkan peniaga Pekan Rabu, di sini.
Pada Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menangguhkan pemilihannya bagi memberi peluang kepada parti untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan perpaduannya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata penangguhan itu dibuat mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.

Mengenai lawatannya di Ukir Mall hari ini, beliau yang ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dalam lawatan itu berkata, bilangan peniaga di kompleks membeli-belah yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Alor Setar semakin ramai.

Kompleks itu merupakan penempatan sementara bagi peniaga di Pekan Rabu berikutan pembinaan semula pusat membeli-belah ikonik yang akan mengambil masa selama dua tahun setengah.

"Apabila dia (peniaga) pindah ke sini (Ukir Mall) takut tidak ada orang, tetapi orang ramai jugak, lagi ramai," katanya dan berharap, pihak berkuasa akan membina bangunan yang lebih besar kerana bilangan peniaga yang semakin ramai.
Categories:

7 ulasan:

  1. hahaha..itu perli namanya..mcm mana panglima bugis takut pada cabaran!!sudah la jadi presiden xdilawan..ni penggal kedua ingat bertelor dah..yg memandai kata keputusan akar umbi untuk tangguhkan..AKAR UMBI MANA WAHAI PRESIDEN BANGSAT UMNO!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn swak nak bangsatkan UMNO, Umnolah yg banyak mperkuangkan kepentingan agama bangsa dan negara, komen awak tu tidak membantu membantu kesatuan bangsa.Sgaknyalah jika awak jadi president akan kacau bilaulah Umno tu..

      Padam
  2. Amboi anon 607, sedap bahasa. Itu menunjukkan dirimu tu yg bangsat tahap gaban yg kau x sedar. Tun pun mengaku pernah menangguh. Apa masalahnya? ia bukannya rukun Islam.

    BalasPadam
  3. tabik tdm.malaysia boleh!
    apa2pun boleh 'andro.pause' terlajak megatron...

    BalasPadam
  4. Jgn lah cerdik sangat sampai tak tahu muslihat yang dipasang oleh musuh2 kamu...

    BalasPadam
  5. Akar umbi Umno lah. Takkan pula akar umbi pas atau pkr atau G18.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping