Wah!!! Ini baru betul - betul Hangat ni. Dengar katanya Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 bakal menghadiri sidang dialog bersama YAB Perdana Menteri anjuran SukaGuam di PWTC esok.
Sudah pastinya kehadiran Tun Mahathir tu sangat - sangat dialu - alukan dan dinanti - nantikan oleh semua pihak bagi merungkaikan isu 1MDB yang semakin mendapat perhatian rakyat pada ketika ini.
Apa yang kita harapkan dari sidang dialog itu nanti, segala yang tersirat sebelum ini dapat dijelaskan secara terbuka seperti mana tajuknya 'Nothing To Hide'. Kalau tak selesai jugak, maka siap - siap la apa yang patut. Lepas PRU 14 nanti, Pakatan Haramjadah tu pulak yang akan memerintah!!!
PETALING JAYA: Kemungkinan besar Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri sesi dialog terbuka 'Nothing2Hide' dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.
"Terdapat kebarangkalian yang tinggi beliau akan berada di sana," kata seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu ketika dihubungi The Star Online, Khamis.
Walau bagaimanapun dia tidak mengesahkan mengenai kehadiran Dr Mahathir dan berkata; "Anda perlu tunggu dan tengok kepada majlis itu sendiri".
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dilaporkan berkata Dr Mahathir dijemput secara peribadi untuk dialog itu, yang dijadualkan berlangsung pada dari pukul 9 pagi hingga tengahari Jumaat di di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra .
Khairul berkata beliau tidak mempunyai masalah jika Dr Mahathir menghadiri forum itu kerana ia terbuka kepada semua.
"Agensi agensi media cetak, dalam talian dan juga blogger dijemput memandangkan kita semua berkongsi misi yang sama untuk membawa kebenaran kepada rakyat," katanya.
Sesi dialog ini dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan badan bukan kerajaan (NGO), penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Sesi dialog 'town hall' belum pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini. Anda akan mendengar perdana menteri memberi penjelasannya sendiri berhubung isu semasa dan penyertaan terbuka untuk bertanya apa sahaja soalan kepada beliau yang berkaitan perkara yang sedang berlaku ketika ini," kata Khairul.

cakap ape yang terbuku dihati.....jambatan bengkok ke.....nak duduk dlm 1mdb ke.....nak jadi pm balik ke.....jangan lupa pulak.....proton tu......
BalasPadamnothing to hide......jangan main2 belakang.....
Betul apa yang hang kata tu semua rakyat pun nak tahu sapa dia Jho Lo tu dan apa hubungan dia dengan Najib, Rosmah dan Deepak penjual karpet - Mana anak Rosmah mampu beli secara tunai rumah bernilai ratusan juta USD dan apa hubungan dia dgn Jho Lo ? Harap Najib dapat menjelaskan apa yang tersembunyi dan terbuku dihati selama ni - jawab jgn tak jawab tau !
PadamMalas nak layan orang bodoh macam ni. Mungkin lu hingusan lagi waktu Tun M jadi PM. Waktu tu, kalau keluar negara pun, Malaysia dah mula dikenali. Zaman sebelum dan selepas Tun M telah meletakkan Malaysia di tahap yang sudah berbeza, Bukan nak bodek Tun M, tapi memang itulah hakikatnya sehingga kes peliwat yang banyak memburukkan Tun M. Lagi pun Tun M bukan dalam politik atau nak jadi PM lagi pun. Cuma, betulkanlah Najib supaya jadi lebih berakal tidak hanya mengikut telunjuk rosmah sangat,
PadamTul tu.. seteruk2 Tun M pun... jauh langit dgn bumi cara dia memimpin.. dia x perfect.. tp dia bawak nama negara mana2 dia pegi... best part lg.. bini dia mmg selalu ikot sane sini.... tpx de la smpi pakai jari telunjuk dia kat Tun.. sapa lg yg 'sound' ley di bawak ke tengah klo bkn beliau..
PadamMengapalah susah kan cincin di jari Datin Roamah tu..., bisrlah duit beliau bukan D.Rosmah, gunakan duit K'rajaan tentang anak Rosmah pula, biarlah dia nak beli pun duit beliau sendiri apasalahnya.Org kita ni suka hasad dengki dgn kelebihan bangsa sendiri, cubalah lihat bangsa lain macam2 mereka miliki,tak ada pun mereka berdengki2 malah berusaha utk menjadi jaya.
BalasPadam