Sabtu, Jun 06, 2015

Alahai!!! Pelik sungguh manusia ni. Kalau yang kalah Frust menonggeng tu, kita faham le. Tapi kalau tang menang tu merajuk dan meroyan tak tentu arah, memang kita rasa hairan sikit.

Ini yang buat kita rasa pelik bin ajaib ni. Mungkin sebab yang menang tu terasa bahawa diri dia hanya akan menjadi seperti Kera Sumbang kalau dia teruskan jugak usaha dia didalam jemaah.

Maklum le. Lepas pemilihan hari tu, hanya diri dia sahaja yang tinggal terkontang kanting keseorang dikalangan mereka yang mewakili Pro Liberal, manakala yang lain semuanya Pro Ulama.

Jadi, dah tentu dia terasa yang selepas ini dia hanya akan jadi mangsa buli serta diarahkan buat kerja itu dan ini. Maka dia ambik tindakan untuk bermufarakah bersama - sama dengan jemaah.

Alasan yang dia berikan pada ketika ini ialah dia nak memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian yang dia ada kepada NGO yang dipimpinnya selama hari ini untuk menghentam pihak Kerajaan.

Yang herannya, dia tak sedar ke kewujudan NGO tu merupakan buah hasil dari parti yang dia sertai? Dan biasanya, yang akan menjadi Pengerusi NGO tu adalah dari kalangan Ahli Jawatankuasa.

Jadi, bagaimana mungkin dia rasa yang dia mampu untuk terus memimpin NGO tersebut jika dia bermufarakah dari jemaah? Adakah dia fikir dia masih layak untuk menjadi pemimpin?

Soal menang kalah tu adat dalam pertandingan la. Nak menang selalu, baik tak payah jadi Ahli Politik. Baru kalah sikit, pun boleh 'Terganggu Emosi'. Memang nampak sangat la yang dia ni tak layak.

Hakikatnya, Si Mazlan ni kena sedar bahawa dia menang pun sebab orang masih nak bagi kepercayaan kepada dia untuk memimpin Badan NGO yang dia wakili sebelum ini. Itu je sebab dia menang. Orang bagi dia menang bukannya sebab dia benar - benar layak jadi pemimpin!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau dah tahu awak tu sibuk nak menguruskan NGO(K) tu kenapa nak bertanding jawatan parti. Kan ke mencalunkan diri tu pilihan tuan punya badan...alasan yg tak bernilai walaupun satu sen!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping