“Saya tidak dibayar, saya menyertai UMNO kerana sejarah keluarga saya." Demikian yang ditegaskan oleh Afdlin Shauki bagi mengulas kenyataan mengenai penyertaan dalam UMNO bukan kerana wang.
Dalam menjawab soalan dari seorang pengguna Facebook Farah Rosli semalam yang bertanyakan sama ada beliau menyertai UMNO disebabkan wang, Afdlin menjawab beliau tidak dibayar untuk menjadi ahli parti itu.
“Saya tidak dibayar, saya menyertai UMNO kerana sejarah keluarga saya. Arwah nenek saya ketua Wanita UMNO Singapura dahulu ketika berjuang membebaskan Malaysia dari penjajahan British.” katanya
Disamping itu, beliau menegaskan bahawa dirinya masih lagi ahli UMNO tetapi tetap meluahkan rasa tidak puas hati dalam beberapa perkara yang sedang berlaku didalam parti itu pada ketika ini.
“Saya masih lagi ahli UMNO tetapi ada perkara yang sedang berlaku dalam UMNO yang saya tidak setuju,” jelasnya lagi.
Menurut komen di Facebook beliau semalam, aktor yang pernah memenangi beberapa anugerah dan pengarah filem berkata beliau datang dari generasi yang setia walaupun ‘kapal nak tenggelam’.
Beliau bagaimanapun turut menyatakan, sekiranya ‘kapal’ itu ‘bertukar arah’, tiada sebab untuk terus setia tetapi tidak menyatakan perkara apa yang berlaku didalam parti itu yang membuatkan dia tak setuju.
“Aku dari generasi kalau kapal nak tenggelam we stay with the ship. But kalau ship dah hilang arah tak guna jugak,” katanya.
Tinggal lagi, kalau bab ahli tak puas hati atau tak setuju dengan beberapa perkara yang sedang berlaku dalam sesebuah organisasi tu adalah bukan la satu perkara yang boleh dianggap luar biasa. Tapi yang taksub tak tentu arah tu yang kita pelik sikit!!!
Betul kata Aflin tu,kita yang dok ramai2 bagi pandamgan dalam ni pun setakat ni masih lagi ahli dan penyokong umno.
BalasPadamSokonglah UMNO, itulah satu2nya parti melayu yg boleh diharap,tak perlu banyak sangat songel,sekadar silap sikit2 tu apa salahnya,berbanding dgn parti DAP,PKR tak boleh harap.
BalasPadamUMNO tetap utuh selagi ada anak muda yang berjiwa kental bersamanya. Gaya kepimpinan perlu penyesuaian. Yang lama dan berpengalam namun keletihan perlu menghulur bimbingan kepada yang baru agar perjuangan diteruskan.
BalasPadamAnak muda harus bersedia untuk memikul amanah rakyat bukan amarah rakyat.
Apa ada pada pakatan pembangkang tak sampai setahun jagung sudah roboh Fort Cornwalis. Bukan ada pun perjuangan untuk rakyat hanya air lior sahaja bersembur-sembur. Ibarat Tok Pawang dengan menteranya cekor-cekor ah! cekor-cekor eh!
Apa pun UMNO pasti Teguh Memasak Bumi Malaysia yang Berdaulat ini. Pembangkang layu umpama Pucuk yang telah Mati.
Syabas..!!! Teguhkan jiwa2 muda dlm Umno biar kukuh perpaduan melayu dibumi bertuah ini....mudah2an kalian akan menjadi tonggak2 perjuangan bangsa dimasa hadapan....!!! Yg tua2 seperti kami ini memang sedang menantikan kebangkitan jiwa2 muda sebegini agar melayu dan Umno tetap utuh dipersada dunia....!!! Itulah yg sedang dibina Dsn selaku pemimpin kini....rombakkan terbaru membariskan muka2 baru dan segar utk bergerak lebih kompetitif bersama kamu....insyallah Umno, Melayu dan Malaysia berjaya dimata dunia...wassalam...!!!
BalasPadam