Ahad, Julai 12, 2015

Hahaha!!! Buat malu je. Kalau tengok pada gaya diorang ni, ingatkan Hebat la sangat. Tapi rupanya setakat pukul Tong Kosong je. Harapkan bunyi je kuat, tapi isi dalam Habuk Pun Tarak!!!

Kalau itu hari, bukan main lagi pemimpin - pemimpin G18 ni beria - ia pukul canang kata diorang nak tubuhkan parti baru bagi menggantikan PAS sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri.

Tak sabar - sabar sangat dah gayanya diorang ni nak jadi Barua dan Macai kepada puak - puak DAPigs tu. Tapi sekarang, dah berubah pulak pendirian diorang. Kenapa? Diorang dah ketar lutut ke?

Menurut satu laporan yang disiarkan semalam, wakil kumpulan G18 yang turut dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru tu kata diorang tak jadi nak tubuhkan parti baru selepas Hari Raya ni.

Salah satu sebab yang dinyatakan didalam laporan The Star menyatakan kelewatan untuk menubuhkan parti baru tu adalah kerana keengganan sesetengah ahli yang tidak bersedia untuk meninggalkan PAS.
Setelah menukar nama mereka kepada "Gerakan Harapan Baru" (GHB) dari G18, timbalan pengerusi kumpulan itu Salahuddin berkata parti baru itu hanya akan ditubuhkan selepas mereka telah mengkaji setiap aspek perkara itu dengan teliti.

"Kami tidak merancang untuk menubuhkan sebuah parti baru untuk mencabar PAS. Fokus kami adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat yang menderita dari segi kewangan dan sosial," katanya.

Beliau berkata GHB tidak tergesa-gesa untuk membentuk sebuah parti baru walaupun harapan DAP menggantikan PAS dengan parti baru puak pembangkang selepas Hari Raya, sambil menambah bahawa kemungkinan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

Sebelum membuat keputusan, kumpulan itu juga akan mendapat maklum balas daripada akar umbi, penyokong dan lain-lain, kata Salahuddin.


"Membentuk sebuah parti baru tidak mudah. Ia akan menjadi satu tugas yang sukar memastikan kelangsungan hidup jangka panjang," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Heh! Banyak la alasan Si Din Pudu ni ek. Bila dah ketar lutut tu, cakap je la. Tak payah la dia nak bagi alasan yang bukan - bukan pulak. Kesilapan tu bukannya salah orang lain, tapi pada diri dia sendiri.

Yang dia BACUL sangat nak ambik tindakan untuk meninggalkan PAS tu pasal apa? Kot kalau dia rasa PAS tu dah tak bagus dan tidak memenuhi kepentingan Politik Peribadi dia sendiri, keluar la dari parti tu. Yang dia nak jugak menyemak tu siapa suruh!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Kami tidak merancang untuk menubuhkan sebuah parti baru untuk mencabar PAS. Fokus kami adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat yang menderita dari segi kewangan dan sosial," katanya.

    Kalau ini tujuannya tubuh parti baru, parti yg paling sesuai ialah PARTI KOMUNIS MALAYA.

    BalasPadam
  2. apa ada pada nama?
    ghb.ghb.ghb! celik biji mata ja,apa yang terbayang adalah 'gerakan haru biru' yang lahir saling tak tumpah mcm gendang.kuat bunyi didunia ni tapi kosong ..tentunya 'lagha'

    BalasPadam
  3. Nak tubuhkan parti baru takkan guna air liur je. Kalau poket kosong baik tak payah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, org Melayu tolong jgn tubuhkan banyak party, lingkup bangsa Melayu nanti.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping