Nampak dan sibuk sungguh sebahagian besar orang berkokok dan menyalak kerana telah ada 'bukti kukuh' Najib bakal terhumban dan bakal jatuh terduduk. Mereka berpegang dan mengimani benar dengan 'bukti' yang disiatkan oleh Wall Street Journal yang diterbitkan di New York, Amerika Syarikat.
Lebih menarik ialah apabila ada pula yang berhujah menyatakan kononnya WSJ tidak pernah menipu dan jujur sentiasa dalam laporan mereka!!! Jom kita tengok bukti yang diberikan oleh WSJ.
Menurut WSJ ini adalah akaun bank milik Najib Abdul Razak yang didakwa telah ditutup pada 30 Ogos 2013. Bagaimanapun pada 2014 dan 2015, masih ada aliran wan masuk ke akaun tersebut.
Pelapor WSJ barangkali terlalu bijak sehingga mampu menipu sebahagian rakyat Malaysia yang sudah sedia tertanam kebencian kepada Najib Abdul Razak. Manipulasi berita walaupun tarikh dan faktanya bercanggah antara satu lain tidak mampu mematangkan atau mencermati berita yang dihidangkan.
Berdasarkan 'bukti' yang diberikan oleh WSJ dan kesalahan fakta yang sengaja dilakukan itu, seperkara yang terlintas adalah akaun berkenaan adalah akaun palsu dan sekatan BAFIA pula tidak membolehkan pihak bank menafikan atau membenarkan tuduhan berkenaan.
Yang berkuasa penuh dan melepasi sekatan BAFIA hanyalah SPRM! Barangkali pindaan dibuat dalam grafik salinan akaun tersebut dan mereka pula terlupa hendak 'membetulkan tarikh-tarikhnya!!! - SUMBER
ataupon akaun tu sebenarnye tak penah tutup.. memang ON jer sentiasa untuk duit masuk? jeng jeng jeng!
BalasPadamYang bank negara bekukan akaun tu siapa punya. Mesti ada asa yg kukuh untuk BNM bekukan sesuatu akaun. terlalu awal untuk kita menilai siapa yg benar dalam kes ni. So kita tunggu aaa
BalasPadamBila sesuatu kes sedang siasat akaun bank terpaksa dibekukan sementara.
PadamKomen dari blog bujai
BalasPadamAnonymous said...
Bujai, it's not doctored laa.
My work involved graphics and I know this sort of distortion on prints not unusual.
Irregularities due to print conditions, of the printer, scanner and print material, etc.
Try folding an original paper, then unfold, then make photocopy of that original. Now check the copy made
Simply look at the number 2 highlighted.
Now look below how the letter n also wider than other letters.
Same case with the word "settled" & "address" - common print distortion.
Now, if these words were doctored, what would be the original word?????
What difference will it make?
I mean by changing these alphabets, what are these letter hiding???
"Settled amount" should have read what???
" address" should have been written as what?
Aiyoo.... Sapa yang kena tipu ni???
Kalau tak tahu jangan teke la bodoh.
BalasPadamJika palsu...sepatutnya dah saman dah...kelmarin kan hr selasa? Takkan hang tak faham2 lg?
BalasPadam"O YOU WHO BELIEVE( MUSLIMIN: MALAYS)!IF A REBELLIOUS EVIL WICKED PERSON COMES TO YOU(MALAYS:MUSLIMIN) WITH A NEWS,VERIFY IT,LEST YOU HARM PEOPLE IN IGNORANCE,AND AFTERWARDS YOU BECOME REGRETFUL TO WHAT YOU HAVE DONE.S.AL HUJURAT.V.6.
BalasPadamghb(gerak2anhantarbabi) bukan baru memahami erti berita2 yang dtg dari fasikist ni..sebab kamdang dap terbuka luas he he
BalasPadamKan sprm tengah siasat vodo..lawyer pun takley lepas bafia ni..bior je depa wat keje..doctored ke tak biar tunggu hasil siasatan..ada mcm2 cara nak aniaya org..ada mcm2 cara juga nak menegakkan keadilan..biarkan saja proses tu berjalan..
BalasPadamSiKitul,akhir zaman sdg bersatu dgn Yahudi laknattullah utk memporakperandakan kesetabilan negara dan pemimpinnya.
BalasPadamSatu masa dulu Dr Mahathir and family pernah dituduh mempunyai personal acc di Swizz Bank siapkan jumlah wang and acc. No. . Kecoh rakyat memviralkan.. akhirnye senyap begitu je .. mcm2 fitnah hari ni.. ape pun kita jgn menjadi subahat dgn memyebarkan benda yg belum tentu kesahihannye..
BalasPadamPutrajaya beri amaran sebar berita palsu 1MDB boleh masuk penjara
BalasPadamSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak didapati menyebarkan berita palsu mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam posting di Facebook hari ini, SKMM berkata, adalah menjadi satu kesalahan berkongsi atau menyebarkan berita yang mengandungi maklumat palsu mengenai 1MDB mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan gambar yang diubahsuai, berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi mengenai siasatan ke atas 1MDB menerusi laman sosial termasuk aplikasi Whatsapp," kata SKMM di laman Facebook rasminya.
"Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak lebih satu tahun penjara.
Amaran itu susulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang disiasat kerana didakwa menerima dana berbilion ringgit milik negara yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Dakwaan itu disiasat pasukan petugas khas terdiri daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai lalu melaporkan, sejumlah dana AS$700 juta (RM2.67 bilion) diagihkan daripada agensi kerajaan, beberapa bank dan entiti dikaitkan dengan 1MDB sebelum dipindahkan ke akaun peribadi perdana menteri.
Najib menafikan pengambilan dana itu adalah untuk kegunaan peribadi tetapi enggan mengulas lanjut mengenai pemindahan wang ke dalam akaun beliau. Beliau sebaliknya menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang tuduhan terbaharu itu.
Di sebalik penafian yang dilakukan Najib, rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk meluahkan kemarahan mereka terhadap perdana menteri itu.
Ada yang menggunakan beberapa nama bintang terkemuka Hollywood, dengan mengubah wajah mereka untuk mengajuk Najib dan 1MDB dengan menindih gambar beliau pada kebanyakan poster filem berkenaan.
Beberapa contoh filem itu adalah "Saving Private Funds", "Lord of the Ringgit -Fellowship of 1MDB", "Honey I Shrunk The Ringgit" dan "Forty-two Bilion Shades of Debt".
Beberapa blog juga mengaitkan pembunuhan pengasas kumpulan Arab Malaysia Banking Hussain Ahmad Najadi pada 2013 dengan skandal 1MDB, kerana akaun milik Najib yang digunakan untuk memindahkan dana berada di AmBank, Kuala Lumpur.
Polis menafikan kaitan dengan pembunuhan itu, sambil Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes berkenaan sudah ditutup dan pembunuhnya sudah ditangkap dan dihukum gantung sampai mati.
Khalid berkata, pihaknya juga akan menyiasat mereka yang menyebarkan "pembohongan".
Pemandu lori tunda Koong Swee Kwan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Najadi pada September tahun lepas. Dia juga dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana cubaan membunuh isteri Najadi yang Cheong Mei Kuen. - TMI.copypaste celahgelegar.blogspot