Wah! Nampak gayanya kes mengenai dakwaan yang dibuat oleh Asian Wall Street Journal tu bakal disambung didalam mahkamah tak lama lagi memandangkan barisan peguam dah mula buat persiapan.
Jika sebelum ni, pihak AWSJ kata diorang dah mendedahkan 'dokumen' mengenai pemindahan dana ke akaun peribadi YAB Perdana Menteri. Tapi ramai yang pertikai dokumen tu palsu.
Jadi, dah tentu - tentu isu ni akan bertambah menarik apabila ianya diheret ke dalam mahkamah. Kita tengok la siapa yang bercakap benar dan siapa yang mula ketar lutut lepas ni. Jangan lepas ni AWSJ kata diorang dapat sumber dari orang lain pulak sudah la!!!
PETALING JAYA - Peguam Umno sedang menyiapkan dokumen tindakan undang-undang terhadap Dow Jones, penerbit The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan pemindahan dana sebanyak RM2.6 bilion, sebelum memfailkan saman di Amerika Syarikat.
Pada masa sama, barisan peguam terlibat juga mendapatkan pandangan peguam berpangkalan di New York yang pakar berkaitan kes fitnah.
"Kami masih menyiapkan aspek perundangan sebelum menghantar surat kepada Dow Jones," kata sumber itu.
Pada Jumaat, WSJ mendakwa siasatan terhadap 1MDB mendapati wang mencecah AS$700 juta disalurkan ke akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, 1MDB menyangkal dakwaan itu, manakala Najib menafikan mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi dan memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ dalam masa terdekat selepas berunding dengan peguamnya.
Jgn dok guna peguam umno yg useless to.kompem kalah
BalasPadamDOOMED WSJ [DOW JONES]……
BalasPadamget ready,... go....
BalasPadamDia guna jugak lawyer Tu.mmmmm ketegaq
BalasPadamOrang bodoh shj yang percaya dana syarikat korperat boleh pindah ke dlm akaun peribadi sesuka hati. Punyalah ramai staff yang jaga pengurusan. Maaf kata anti Najib sudah masuk perangkap. Saya tak pasti ini jerat siapa tapi....takkanlah dia bodoh sangat tak tau beza dokumen palsu. Lagipun akaun tu dia dah tutup lama dah. Bodoh giler.
BalasPadamPutrajaya beri amaran sebar berita palsu 1MDB boleh masuk penjara
BalasPadamSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak didapati menyebarkan berita palsu mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam posting di Facebook hari ini, SKMM berkata, adalah menjadi satu kesalahan berkongsi atau menyebarkan berita yang mengandungi maklumat palsu mengenai 1MDB mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan gambar yang diubahsuai, berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi mengenai siasatan ke atas 1MDB menerusi laman sosial termasuk aplikasi Whatsapp," kata SKMM di laman Facebook rasminya.
"Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak lebih satu tahun penjara.
Amaran itu susulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang disiasat kerana didakwa menerima dana berbilion ringgit milik negara yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Dakwaan itu disiasat pasukan petugas khas terdiri daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai lalu melaporkan, sejumlah dana AS$700 juta (RM2.67 bilion) diagihkan daripada agensi kerajaan, beberapa bank dan entiti dikaitkan dengan 1MDB sebelum dipindahkan ke akaun peribadi perdana menteri.
Najib menafikan pengambilan dana itu adalah untuk kegunaan peribadi tetapi enggan mengulas lanjut mengenai pemindahan wang ke dalam akaun beliau. Beliau sebaliknya menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang tuduhan terbaharu itu.
Di sebalik penafian yang dilakukan Najib, rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk meluahkan kemarahan mereka terhadap perdana menteri itu.
Ada yang menggunakan beberapa nama bintang terkemuka Hollywood, dengan mengubah wajah mereka untuk mengajuk Najib dan 1MDB dengan menindih gambar beliau pada kebanyakan poster filem berkenaan.
Beberapa contoh filem itu adalah "Saving Private Funds", "Lord of the Ringgit -Fellowship of 1MDB", "Honey I Shrunk The Ringgit" dan "Forty-two Bilion Shades of Debt".
Beberapa blog juga mengaitkan pembunuhan pengasas kumpulan Arab Malaysia Banking Hussain Ahmad Najadi pada 2013 dengan skandal 1MDB, kerana akaun milik Najib yang digunakan untuk memindahkan dana berada di AmBank, Kuala Lumpur.
Polis menafikan kaitan dengan pembunuhan itu, sambil Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes berkenaan sudah ditutup dan pembunuhnya sudah ditangkap dan dihukum gantung sampai mati.
Khalid berkata, pihaknya juga akan menyiasat mereka yang menyebarkan "pembohongan".
Pemandu lori tunda Koong Swee Kwan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Najadi pada September tahun lepas. Dia juga dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana cubaan membunuh isteri Najadi yang Cheong Mei Kuen. - TMI.copypaste celahgelegar.blogspot