Ahad, Julai 26, 2015

Bagi siapa yang pernah tengok filem James Bond, 'Skyfall', dah tentu - tentu diorang akan faham apa yang cuba nak disampaikan. Tapi itu pun kalau korang faham intipati yang cuba digarapkan.

Filem Bond lakonan Daniel Craig tu cuba nak menyampaikan kepada penonton, apa yang dia terpaksa lakukan apabila 'Langit' yang sentiasa memayungi kegiatan dia selama ini 'Runtuh'.

Sudah pasti yang menjadi 'Mangsa Runtuhan' itu adalah dirinya sendiri. Sekarang cuba bayangkan, bila Kerajaan memerintah tidak lagi menjadi 'Payung' kepada kita yang hidup dibawah? Apa yang akan kita lakukan?

Selama hari ini, orang Melayu yang dapat hidup didalam Negara Malaysia ni sentiasa dilindungi oleh bumbung langit UMNO sebagai tunjang Kerajaan memerintah dengan aman serta makmur.

Kehidupan orang Melayu sentiasa dibela dan dijaga dengan baik oleh pemimpin - pemimpin yang mendedikasikan seluruh jiwa dan raga mereka dalam perjuangan Agama Bangsa dan Negara.

Namun sejak kebelakangan ini, kepimpinan Negara yang sentiasa memayungi orang Melayu dilihat semakin hebat menerima serangan demi serangan dari mereka yang Dengki dan Iri Hati.

Tambah menyedihkan ialah apabila ada juga dikalangan orang Melayu sendiri yang buta hati dari melihat Hakikat Kebenaran sehingga sanggup menjadi Pengkhianat kepada Agama dan Bangsa mereka.

Semuanya demi untuk memenuhi kehendak dan juga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Mereka fikir, mereka mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Saban hari, mereka mencipta pelbagai spekulasi dan persepsi yang dilemparkan secara tidak bertanggungjawab terhadap kepimpinan Negara yang senantiasa memayungi Hak dan Kedudukan orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Maka PERSOALANNYA, adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan hari - hari mendatang seandainya 'Langit' yang memayungi kita selama hari ini 'Runtuh'? Ke mana hala tuju kita nanti sekiranya perkara ini benar - benar berlaku?

Dan persoalan yang lebih penting, dalam kemelut yang melanda pada ketika ini, adakah orang UMNO itu sendiri sanggup menjadi Pembelot kepada perjuangan dasar mereka dan memilih orang lain untuk menjadi pemimpin? Sama - sama kita fikirkannya.
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Wow hebatnya macai Najib punya teori konspirasi HAHAHAHAHA MACAM BANGANG

    BalasPadam
  2. Seburuk buruk UMNO mereka masih menjadi parti dorminan Barisan National untok menjaga hak orang melayu Pakatan Rakyaat di dominasi oleh DAP yang kita semua tahu mahu melenyapkan ketuanan melayu.Jika mereka berjaya nescaya orang atau bangsa melayu akan kehilangan negeri sendiri.Kita akan menjadi seperti di Palestine menumpang di negeri sendiri .Renung renung kan lah

    BalasPadam
  3. Sikit2 Najib, sikit2 Najib. Agaknya kena letak Guan Eng pimpin Melayu dan Umat Islam baru budak ni tahu langit tinggi rendah. Nak Islam dan Umat Melayu ni nak beri pada PAS? PKR? GHB? Atau DAP. Nak ulas guna otak. Jgn jadi bodoh piang.

    BalasPadam
  4. TPPA.........www.janganjualnegara.com................sdr semangat perjuangan harmoni....................bahalol,xpdc...................Apakah penghinaan & pengkhianatan yg lebih besar drp usaha menggadaikan kedaulatan Melayu & bumiputera kpd kuasa imperialis & kapitalis Amerika-Yahudi menerusi TPPA?

    BalasPadam
  5. (BANTAH TPPA) Perangkap & Muslihat Jahat KAFIR AS

    BANYAK yang telah diperkatakan tentang Perjanjian Pelaburan Trans Pasifik (TPPA) yang sedang giat dicanang Amerika Syarikat untuk ditandatangani menjelang akhir tahun ini.

    BalasPadam
  6. Pelbagai pihak khususnya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), gabungan NGO – Bantah TPPA serta pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) -telah membuat pendirian jelas mengenai arah tuju yang sepatutnya ditempuh Ma­ laysia.

    Gesaan mereka jelas – iaitu jangan menandatangani perjanjian tersebut oleh kerana pelbagai kesan yang tidak memihak kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

    Selain hakikat bahawa siri perundingan TPPA dijalankan dengan penuh kerahsiaan, penulis berpandangan bahawa mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Negara (Investor-State Dispute Settlement - ISDS) merupakan isu paling dikhuatiri dan menjadi sebab mengapa Malaysia tidak sepatutnya menyertai perjanjian ini.

    Mekanisme ini membuka ruang seluas-luasnya bagi para pelabur asing atau syarikat multinasional mengheret sebuah negara yang berdaulat ke sebuah mahkamah timbangtara antarabangsa (international court of arbitration) lantas mengetepikan peranan sistem kehakiman domestik.

    Mekanisme ISDS boleh menyebabkan sesebuah negara berdaulat dituntut untuk membayar pampasan atas kehilangan pendapatan masa depan (lost of future earnings) akibat perubahan polisi awam yang dilakukan negara tersebut.

    Kerajaan perlu sedar bahawa kekhuatiran sebegini mempunyai asas kukuh, khususnya setelah amaran demi amaran dikeluarkan oleh beberapa pakar ekonomi dunia, termasuk yang mutakhir oleh pemenang anugerah Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi (2001), Profesor Joseph Stiglitz yang menyatakan pada Mei lalu bahawa:

    “Terdapat pelbagai kekeliruan mengenai ISDS, tetapi secara terang dan mudah: ISDS ialah cara merangka semula bagaimana ekonomi harus dikendalikan, dengan memberi lebih kuasa kepada syarikat-syarikat besar dengan mengorbankan nasib pekerja dan orang awam di sini (Amerika Syarikat) dan juga di negara lain.”

    Pada hakikatnya, ISDS direka untuk “mengukuhkan kedudukan syarikat-syarikat besar (corporation) dengan mengorbankan kepentingan awam.” Ini adalah asas kebimbangan yang paling nyata.

    Selain itu, sikap AS terhadap penilaian kedudukan hak asasi manusia Malaysia juga membuktikan manipulasi yang boleh berlaku sekiranya kerajaan membiarkan Malaysia tunduk menyertai TPPA.

    Sumber media barat, Reuters melaporkan pada 8 Julai lalu bahawa pentadbiran Presiden Barack Obama akan mengeluarkan Malaysia dari senarai rasmi pesalah pemerdagangan manusia yang paling teruk di dunia.

    Di AS, tindakan ini telah dikritik kumpulan pejuang hak asasi manusia kerana menurut mereka akan merosakkan kredibiliti AS.

    Namun yang lebih dikhuatiri penulis ialah sikap manipulasi dan kepura-puraan AS

    BalasPadam
  7. mengenai penilaian mereka tentang rekod hak asasi manusia sesebuah negara demi memperoleh peluang mencapai keuntungan perdagangan yang berat sebelah.

    Apakah muslihat Presiden Obama di sebalik tindakan tersebut? Manipulasi itu akan membolehkan pentadbirannya meneruskan rundingan perjanjian perdagangan kontroversi dengan Malaysia dan 10 negara Pasifik lain.

    Undang-undang yang dikarang oleh Senator Robert Menendez (DN.J.) dikatakan berkesan melarang AS daripada menggubal perjanjian perdagangan dengan negara-negara yang dianggap “Tahap 3” melanggar piawaian perdagangan manusia - yang tercorot dalam perhitungan rasmi Jabatan Negara AS berkenaan isu ‘perhambaan moden’.

    Secara tidak adil Malaysia telah dituduh dan disenaraikan di dalam kedudukan sebegitu, di samping Iran dan Korea Utara, dan dikatakan terlibat bertahun-tahun di dalam jenayah penyeludupan manusia, termasuk perhambaan seks yang berleluasa dan kewujudan buruh paksa dalam sektor pertanian dan industri tekstil.

    Tanggapan tersebut, yang diperoleh daripada laporan tahun 2014 Jabatan Negara AS turut menuduh industri elektronik Malaysia dipenuhi buruh paksa.

    Selanjutnya Reuters melaporkan bahawa Malaysia bakal dinaik taraf kepada “Tahap 2”, yang boleh mengetepikan larangan yang dikenakan oleh undang-undang Menendez itu. Dalam satu kenya­ taan kepada media, Menendez berkata gerakan itu akan menjejaskan kesahihan antarabangsa usaha hak asasi manusia AS.

    Pada hakikatnya, tuduhan berat sebelah AS terhadap Malaysia, dan kemudiannya manipulasi mereka untuk mengetepikan larangan tersebut demi meneruskan rundingan TPPA jelas menzahirkan sikap mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab terhadap negara-negara lain.

    Gambaran yang dilaporkan di dalam penilaian tahunan senarai rasmi pesalah pemerdagangan manusia sering dibuat berdasarkan fakta-fakta yang tidak tepat, berat sebelah serta diwujudkan semata-mata untuk menakut-nakutkan negara-negara lain.

    Sekiranya mereka jujur mahu meningkatkan hubungan perdagangan dengan negara seperti Malaysia, maka pada hakikatnya, laporan Jabatan Negara AS tersebut perlu mengambil kira secara tepat inisiatif domestik Malaysia di dalam menangani isu jenayah pemerdagangan manusia, dan bukan kerana hendak berunding mendapatkan hak perjanjian perdagangan.

    Penyeludupan manusia telah lama diharamkan di Malaysia. Sementara keadaan sedia wujud di Malaysia masih mempunyai ruang untuk diperbaiki, masalah jenayah pemerdagangan manusia ini perlu usaha kolektif dan berterusan kerana sebahagian besarnya melibatkan kerjasama serta upaya politik negara-negara ASEAN.

    Pada hemat penulis, perkembangan ini sangat tidak sihat dan jangan kita terlalu naif untuk meneruskan hasrat menandatangani TPPA. Bukan sahaja tindakan menilai rekod hak asasi manusia Malaysia sering dilakukan secara berat sebelah, malah seringkali negara-negara barat tidak menghormati kedaulatan Perlembagaan Persekutuan apabila secara terang-terang menyerang kita dengan pelbagai isu.

    Tindakan-tindakan tersebut termasuk mempersoalkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan (fasal 3(1) dan fasal 11(4)) khususnya di dalam isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, hak kebebasan beragama, hak-hak LGBT, keabsahan sistem pentadbiran undang-undang dan Mahkamah Syariah serta tuduhan-tuduhan liar terhadap penguatkuasaan prinsip nahi mungkar yang diiktiraf melalui peruntukan-peruntukan di dalam enakmen-enakmen jenayah syariah di negeri-negeri.

    Jika perkara-perkara asas di dalam Perlembagaan Persekutuan dipersoalkan, maka tidak mustahil AS akan menuntut peruntukan-peruntukan lain di dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak ist

    BalasPadam
  8. Hak istimewa Bumiputera dan kedudukan tanah rezab Melayu diketepikan melalui medium seperti TPPA.

    Sekiranya kerajaan AS tidak boleh menghormati perkara-perkara asas Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedaulatan negara, dan terus-menerus tidak jujur apabila menyentuh rekod hak asasi manusia negara kita, maka adakah patut kita menyertai TPPA yang terang-terangan akan menjejaskan kedaulatan dan kebebasan sistem kehakiman negara kita?

    Implikasi ISDS yang jelas boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat perlu menjadi sebab utama kerajaan menolak menyertai perjanjian tersebut.

    Jika negara seperti Australia boleh melakukannya, mengapa Malaysia tidak boleh membuat keputusan yang tegas dan berani terhadap perkara yang sama?

    Penulis percaya bahawa perdagangan di antara kedua-dua negara akan tetap berjalan baik meskipun tanpa TPPA yang jelas diselubungi kerahsiaan dan berat sebelah untuk dijadikan suatu perjanjian perdagangan yang bermanfaat kepada pihak-pihak yang menyertainya.

    Penulis juga percaya bahawa kerajaan akan lebih berwaspada dan tidak terpesona dengan tindakan mereka menaikkan taraf Malaysia di dalam isu pemerdagangan manusia ini.

    Pada hakikatnya, muslihat seumpama ini perlu dinyahkan dengan ketegasan kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan tidak terpedaya untuk menandatangani TPPA.

    PENULIS ialah seorang peguam dan ketua eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia.celahgelegar.blogspot copypaste

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping