Rabu, Julai 15, 2015

Parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH) jelas memperjuangkan matlamat yang ingin dicapai oleh golongan Muslim Progresif seperti yang disebut dalam buku “Progressive Muslim: On Justice, Gender and Pluralism” susunan Omid Safi.

Demikian yang dicoretkan oleh Dr Zuhdi, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini berhubung isu penubuhan parti baru oleh kumpulan G18 tu.

Malah kata Dr. Zuhdi, mereka sendiri berbangga menggelar diri mereka sebagai kumpulan progresif, sekaligus memperakui hakikat itu yang juga dianggap selari dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang selalu disebut sebagai Islam Liberal.

Selain daripada itu, gagasan pemikiran Muslim Progresif ini adalah cerminan kepada gagasan American Islam atau Islam Ala Amerika yang pernah dipopular oleh Mohamad Sabu sekitar 1990 an.

Bahkan, kata Dr. Zuhdi, Mat Sabu selama sering menggunakan istilah tersebut dalam ceramah - ceramah dia dahulu, bagi menggambarkan Islamisasi yang dirintis oleh Si Ketua Penipu tu bukan agenda Islam yang sebenar.

Berkaitan Islam Ala Amerika ini, ada sebuah buku yang disusun oleh Juliane Hammer dan Omid Safi bertajuk “The Cambridge Companion to American Islam“ yang memaparkan, desakan agar ajaran Islam dikonsepkan dan ditafsirkan semula supaya dapat diterima oleh pemikiran dan budaya masyarakat Amerika hari ini.

Sudah tentu Islam yang digambarkan bukanlah Islam yang sebenar. Sebagai contoh, baru-baru ini muncul seorang imam gay di Amerika, Daayiee Abdullah, yang amalan Islam jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Walaupun acuan yang bakal dibawa oleh parti baru ini mungkin tidak sejelik gagasan Islam Ala Amerika, ia tetap akan menimbulkan kontroversi yang berpanjangan dalam masyarakat Islam di negara ini.

Jelas sekali, parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim Progresif.

Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri. Gagasan seperti ini jauh bertentangan dengan Islam diperjuangkan oleh PAS.

Dalam erti kata lainnya, dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh kumpulan G18 yang diketaui oleh Si Mat Sabu tu adalah jenis Islam Liberal. Jadi lepas ni, kalau siapa yang jadi ahli, boleh minum arak, berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian solat berjemaah!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. G 18 - ISLAM LIBERAL -PRO JEWISH,PRO CRISTIAN,PRO BUDHHA,PRO HINDU,PRO PAGAN RELIGION........................................................................ANTI TRUE ORIGINAL HAQQ ISLAM RELIGION(LIKE WHAT THE PROPHET MUHAMMAD SAW WAYS OF LIVES).................................USE YOUR GREAT GENIUS ABILITIES MIND O MY BELOVED MALAYS MUSLIMIN UMMAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Lepas Solat beramah boleh JIMAK Berjamaah...punah2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Busted.beware of kafirun and munafiqun....

      Padam
  3. Mat sabu lks we want 4 wites we love sunat. We love arqam we love tabliqh wE love mohd saw.lks we want ayam panggang we hate little kurma. Lks to bee malaysia awak kena masuk melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Melayu Islam to bee Malaysia awak kena masuk islam.............................-habatkasyaf-..............

      Padam
  4. Apa nak jadi ni? Inilah dia perosak Islam dari dlm.Peganglah ajaran agama ini kuat-kuat berdasarkan Quraan dan hadith, jgn memintingkan keuntungan politik aje,org Melayu jika bangsa Melayu banyak sgt menubuhkan party akanmenjadi lemah

    BalasPadam
  5. Dap ada 100 wakil, amno aa 100 wakil, kita g18 ada 18 wakil, g18 yang ada kuasa, macam tu la kira kiranya

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping