Selasa, Julai 14, 2015

AKHIRNYA segala penafian dan dolak-dalik sebelum ini menjadi kenyataan apabila kumpulan progresif dalam PAS menzahirkan impian untuk bergerak dalam sebuah entiti berasingan.

Dalam suasana penuh ceria dan bersemangat, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu - yang dikatakan sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.

Jawatankuasa penaja parti baharu itu dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang dipelopori oleh barisan bekas kepimpinan PAS yang tewas pada pemilihn parti itu pada awal Jun lalu.

Apa yang menariknya, penubuhan satu lagi parti politik pembangkang ini dilihat sebagai cerminan kepada PAS apabila menjadikan Islam sebagai teras utama. Kata Mat Sabu, prinsip Islam yang didokong Harapan Baru tidak didorong oleh emosi, sentimen atau slogan semata-mata.

Sebaliknya jelas beliau, ia adalah satu tawaran untuk memberi 'rahmat dan keadilan' kepada rakyat. Namun kurang 24 jam selepas Mohamad mengisytiharkan laluan dan hala tuju masa depan politiknya, beliau menerima pandangan yang pelbagai.

Paling mencuri tumpulan ialah apabila netizen mula menjadikan amaran keras Mohamad ketika berucap di pentas Muktamar Pemuda PAS Pusat kurang setahun yang lalu sebagai bahan untuk menyerang bekas pemimpin senior PAS itu.

Rata-rata menyifatkan tindakan Mohamad umpama meludah ke langit sebab sebelum ini dia juga yang bagi amaran keras kepada ahli PAS supaya tidak menubuhkan parti baharu walaupun tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.
"Jangan tubuh parti lain atas nama Islam. Beza pandangan macam mana pun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam.
"NGO tak apa...tubuhlah mana-mana NGO untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor pada 16 September tahun lalu.
Jelas sekali apa yang berlaku hari ini bertentangan dengan seruan dan amarannya sendiri. Setidak - tidaknya, itu membuktikan bahawa Si Mat Sabu ni seorang pemimpin yang MUNAFIK dan dia memang TAK LAYAK untuk jadi pemimpin!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. PKR + DIP + DAP - DOOMED.

    BalasPadam
  2. Untuk menjatuhkan regim amno bn kita tidak boleh lagi bergantung pada Pas apatah lagi Pas sudah jelas dan nyata tidak berkradibiliti lagi setelah mengunguli UG. Untuk mengekalkan PR, kewujudan pakatan PKR, Dap dan Parti beru berteraskan Islam ini amat diperlukan. Apabila Pas sudah lari dari landasan sebenar yang dipegang sebelum ini, adalah menjadi kewajipan pihak yang berkemampuan untuk menubuhkan parti baru sebagai pengganti bagi mengekalkan momentum. Umum sudah sedia maklum bahawa apa-apa saja yang tidak disukai atau tidak disokong oleh amno bn, ia merupakan sesuatu yang baik untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli PR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. he,he,he,wargh,wargh,koh,koh,hakkth uii hakkthuii,hasheem,hasheem,kih,kih, kih,mua h,muah,kah,kah,kah,kah,x[infinity] ………………............................................. .......................OOO musuh allah(MUNAFIQ), duduklah engkau, engkau tidak layak melaksanakan perkara tersebut setelah engkau melakukan apa yang engkau kerjakan sebelum ini...................................................................busted......behold o enemy of allah azzawajall..........

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping