Selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, giliran Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan perdana menteri bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya mestilah dikemukakan saksi.
Presiden PAS itu berkata, ini sama sahaja seperti pertuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan saksi.
“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil," kata Hadi merujuk kepada laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan berbilion ringgit wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya seperti dilaporkan portal Astro Awani Online di Kota Baru, Kelantan mengulas kenyataan Haron pada Ahad yang mempertahankan Najib daripada skandal terkini seperti didedahkan WSJ.
Haron sebelum ini dilaporkan menyifatkan dakwaan WSJ sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu sambil mengatakan, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, akaun sulit akan digunakan dan bukannya akaun peribadi.
Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan laporan WSJ berhubung dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap syarikat sarat hutang yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013 dan 2015.
Najib menafikan dakwaan itu dan menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai dalang di belakang pendedahan tersebut.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Sabtu mengatakan sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
PKR bangsatkan pendirian Hj HADI kerana beliau telah menyatakan "“Pendirian kita pendirian Islam". Besar sungguh dosa beliau dari kaca mata pemimpin PKR.
BalasPadamDia bukannya pandai sangat. Biarkanlah dia.
BalasPadamBeware of "fire stones "........
BalasPadamVIDEO: Duduk Malaysia Dah Berpuluh Tahun, Bahasa Melayu Pun Tak Fasih...
BalasPadamBangla Yang Duduk Malaysia 3 Bulan Pu…
Bangla yang duduk 3 bulan kat sini pon lebih fasih berbahasa melayu dari pada puak-puak nie...
Bayangkan la bagla, nepal dan lain-lain pendatang boleh fasih berbahasa melayu dalam tempoh 3 bulan atau paling cabuk pun setahun...
Korang rasa la, adun-adun ini betul ke warganegara malaysia, pure malaysian atau mereka ini spisis yang hilang tahun 2005 dulu...
Tolong jangan gelak lebih sangat, kang terbatal pulak puasa tu....darulehsantoday.blogspot
pas kian bersih .tak segila dolo bila 18 menempek . tapi pas kena lagi belajar pemimpin perlu ada 'kekuatan' untuk menjadi abdi ummah arah kedepan.berugama mestinya...najib mentor terkini! he he
BalasPadampas ke umno ke.....dua2 aku sokong. asal kita gasak dap.
BalasPadamallahuakbar
allahuakbar
allahuakbar
Beware of kafirun......
BalasPadamT h u r s d a y , J u l y 0 9 , 2 0 1 5 @CMLIMGUANENG DAP DITUNTUT JAWAB ISU BESAR INI ! @DZAINALABIDIN
BalasPadamKenyataan balas kepada kenyataan YB Jagdeep Singh Deo, EXCO Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang pada Khamis, 2 Julai 2015.
@CMLIMGUANENG DAP DITUNTUT JAWAB ISU BESAR INI ! @DZAINALABIDIN
BalasPadamKenyataan balas kepada kenyataan YB Jagdeep Singh Deo, EXCO Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang pada Khamis, 2 Julai 2015.
Dalam pertemuan saya, Perda dan JKP Sdn Bhd dengan YB Jagdeep Singh Deo, EXCO Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang padaRabu 17 Disember 2014, isu-isu yang menjadi halangan bagi pihak Kerajaan Negeri meluluskan 15 Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon telah dibincangkan satu persatu dan dikenalpasti.
PERDA dan JKP Sdn Bhd juga bersetuju untuk meminda komponen beberapa projek supaya selaras dengan kehendak Kerajaan Negeri. Exco Perumahan juga bersetuju PERDA dan JKP Sdn Bhd memberikan justifikasi komponen perumahan dan harga yang dicadangkan untuk beberapa projek.
Kerajaan Negeri nampaknya sengaja mencari alasan untuk tidak meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd. Permohonan kedua-dua agensi yang dikemukakan lebih awal daripada tarikh Kerajaan Negeri memperkenalkan polisi Perumahan Mampu Miliknya yang sepatutnya tidak tertakluk kepada polisi berkenaan juga tidak diluluskan.
Dalam perjumpaan dengan Exco Perumahan pada penghujung tahun lalu, beberapa permohonan yang dikemukakan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd dipersetujui menepati syarat-syarat yang dikenakan Kerajaan Negeri dan sepatutnya diberikan kelulusan juga masih belum mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Salah satu projek JKPSB dikenakan syarat membayar RM 500,000 kepada MBPP sebagai gantirugi kos pembaikan akibat pemancar telekomunikasi runtuh di Menara UMNO sebelum permohonan PKM diluluskan. Pembayaran telah dibuat pada Januari 2015 namun hingga kini tiada kelululusan diberikan bagi projek berkenaan.
Pihak saya tidak dapat mengelak untuk berpandangan bahawa Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang adalah seorang Exco tanpa kuasa seperti " anak harimau tiada gigi ". Ini adalah keranaYB Exco sendiri memberi jaminan semasa perjumpaan tersebut kelulusan Pelan Kebenaran Merancang akan diberikan secepat mungkin kepada permohonan-permohonan berkenaan.
Saya ingin mengingatkan YB Exco Perumahan bahawa piagam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi permohonan Pelan Kebenaran Merancang ;keputusan Kebenaran Merancang perlu diberi dalam tempoh 8 minggu daripada tarikh penerimaan pelan yang ditunaikan syarat. Walaupun kesemua syarat-syarat yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tersebut telah dipatuhi, pihak JKPSB contohnya, masih tidak menerima sebarang maklum balas secara bertulis daripada pihak PBT mengenai status kelulusan permohonan-permohonan tersebut.
Permohonan PERDA dan JKP Sdn Bhd seawal tahun 2011 juga masih belum mendapat maklum balas dari pihak berkuasa negeri. Pihak saya juga tidak dapat mengelak dari merumuskan Kerajaan Negeri dengan sengaja mencari alasan untuk menggagalkan usaha dan rancangan agensi Kerajaan Pusat untuk menyediakan perumahan bagi rakyat Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri mencari dan mencipta alasan untuk menolak permohonan-permohonan yang dikemukakan JKPSB dan PERDA setelah mesyuarat SPC tanpa sebarang justifikasi berkali-kali menangguh kelulusan permohonan-permohonan berkenaan. Kerajaan Negeri tidak sepatutnya bermain politik dalam penyediaan perumahan untuk rakyat.
Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa mengajak pihak saya untuk berbincang berdasarkan fakta tetapi beliau sendiri menggunakan fakta yang salah.
NOVANDRI. BLOGSPOT (COPY PASTE )
Fakta:
BalasPadam1. Sebanyak 2447 unit (25.9% dari 9444 unit) adalah rumah Kos Rendah (jenis teres dan pangsapuri) dan ditawarkan pada harga RM35, 000 dan RM 42, 000 seunit;
2. Peratusan komponen rumah di bawah siling harga mampu milik kerajaan negeri adalah pada 64.21% dari keseluruhan jumlah yang dicadangkan.
***Bukan sepertimana yang didakwa oleh YB Exco majoriti komponen perumahan yang dipohon melebihi paras harga mampu milik kerajaan negeri.
3. Kelulusan permohonan projek JKP Sdn Bhd di Kampung Pisang Awak yang dirujuk YB Exco dalam kenyataannya sebelum ini diperolehi pada tahun 2009. Ini berlaku sebelum kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan polisi perumahan yang baru.
Saya ingin ulangi bahawa pihak PERDA dan JKP Sdn Bhd sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleh rakyat Pulau Pinang. Ini terbukti bilamana pihak saya bersama JKPSB dan PERDA telah bersetuju untuk berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan YB Exco Perumahan sebagaimana yang diminta oleh YAB Ketua Menteri.
Sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang saya telah memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri sendiri yang juga Pengerusi Jawantankuasa Perancangan Negeri (SPC) untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan dengan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd. Ketua Menteri meminta saya berurusan dengan YB Exco Perumahan terlebih dahulu dan beliau berjanji akan berjumpa saya sekiranya isu-isu tidak dapat diselesaikan di peringkat Exco Perumahan.
Ketua Menteri tentunya lebih tahu YB Exco tiada kuasa untuk membuat keputusan meluluskan pelan Pelan Kebenaran Merancang kerana hanya SPC yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri sahaja berkuasa melakukannya. Sembilan(9) bulan sudah berlalu sejak saya menulis surat memohon untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Ketia Menteri. Sehingga kini belum ada jawapan dari pihak Ketua Menteri walaupun saya sudah berjumpa dengan YB Exco dan isu permohonan PKM oleh PERDA dan JKPSB tidak juga selesai. Ini jelas menunjukkan Ketua Menteri tiada niat atau hasrat untuk meluluskan permohonan perumahan untuk rakyat.
Kerajaan Negeri lebih gemar bermain politik dalam isu-isu rakyat termasuk dalam isu perumahan. Ini bukan sikap yang sepatutnya bagi sebuah kerjaaan yang mengaku mereka mengutamakan kepentingan rakyat.
Terima kasih.
Datuk Seri Zainal Abidin Osman Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.
Kita harap agar Lim Guan Eng DAP lebih memikirkan masaalah rakyat Pulau Pinang daripada lebih bermain politik. Dan janganlah pula meminta orang lain untuk menjawab bagi pihak beliau.novandri. blogspot (copypaste )