Khamis, Julai 09, 2015

Fuh!!! Mujur la bulan ni bulan puasa. Kalau tidak dah lama dah rasanya nak termuntah bila membaca kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni. Memang loya tekak kita ni dibuatnya.

Nak pulak bila Si Nurul Izzah tu bercerita mengenai soal 'Integriti' dan juga 'Kredibiliti'. Memang terasa semacam je dalam perut sehingga membuatkan kita mual sampai nak termuntah!

Nampak sangat yang Si Nurul Izzah tu lebih suka tengok nyamuk disebarang laut sampai tahap kain dia sendiri terlondeh pun dia masih tak perasan. Memang dasar tak sedar diri sungguh!

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Nurul Izzah tu buat desakan supaya YAB Perdana Menteri mengambil 'Cuti' sementara menunggu penyiasatan ke atas dakwaan WSJ tu dijalankan.

Kata Si Nurul Izzah, tindakan tu perlu dilakukan oleh YAB Perdana Menteri ekoran pembekuan 6 buah akaun bank yang terlibat dalam dakwaan yang disiarkan oleh WSJ sebelum ini.

Setakat ini, dah ramai pihak tampil dengan bukti menyatakan bahawa akaun yang didakwa oleh WSJ tu adalah tidak benar dan menegaskan bahawa ianya adalah akaun palsu semata - mata.

Cuma yang kita herannya, kenapa pulak masa siasatan ke atas kes Si Nurul Izzah tu sebelum ini dia tak nak ambik tindakan seperti yang disarankan? Kenapa dia tak 'Bercuti' sewaktu kes Fitnah dia disiasat?

Dan bila bercakap soal 'Integriti' dan juga 'Kredibiliti', adakah Si Nurul Izzah tu boleh dianggap seorang yang Layak untuk bercakap mengenainya sedangkan dia pun tak ambik tindakan yang sama?

Jika benar Si Nurul Izzah tu rasa diri dia mempunyai 'Integriti' dan juga 'Kredibiliti', dah tentu sekarang dia dah letak jawatan selepas dia kantoi tabur Fitnah terhadap Calon Barisan Nasional untuk menang dalam Pilihan Raya Umum yang lepas!!! Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
Categories: ,

9 ulasan:

  1. good diversion strategy,hmm....

    BalasPadam
  2. MANA INTERGRITI KAMU....MASA MENANG DENGAN CARA MEMFITNAH ORANG?
    MANA INTERGRITI BAPAK KAMU MASA DIA BERKUASA SATU MASA DULU?
    SANGAP LA SANGAT.....

    BalasPadam
  3. paul joseph goebbels [menteri propaganda NAZI ]dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik Big Lie (kebohongan besar). Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa "sekerap" mungkin sehinggalah "kebohongan"tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'.

    BalasPadam
  4. Prinsip dari tekniknya itu adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa sebanyak mungkin dan sesering mungkin hingga kemudian kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu kebenaran. "Sederhana" namun "mematikan."

    BalasPadam
  5. understand now right my great muslimin malays ummah....

    BalasPadam
  6. @CMLIMGUANENG DAP DITUNTUT JAWAB ISU BESAR INI ! @DZAINALABIDIN

    Kenyataan balas kepada kenyataan YB Jagdeep Singh Deo, EXCO Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang pada Khamis, 2 Julai 2015.

    Dalam pertemuan saya, Perda dan JKP Sdn Bhd dengan YB Jagdeep Singh Deo, EXCO Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang padaRabu 17 Disember 2014, isu-isu yang menjadi halangan bagi pihak Kerajaan Negeri meluluskan 15 Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon telah dibincangkan satu persatu dan dikenalpasti.

    PERDA dan JKP Sdn Bhd juga bersetuju untuk meminda komponen beberapa projek supaya selaras dengan kehendak Kerajaan Negeri. Exco Perumahan juga bersetuju PERDA dan JKP Sdn Bhd memberikan justifikasi komponen perumahan dan harga yang dicadangkan untuk beberapa projek.

    Kerajaan Negeri nampaknya sengaja mencari alasan untuk tidak meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd. Permohonan kedua-dua agensi yang dikemukakan lebih awal daripada tarikh Kerajaan Negeri memperkenalkan polisi Perumahan Mampu Miliknya yang sepatutnya tidak tertakluk kepada polisi berkenaan juga tidak diluluskan.

    Dalam perjumpaan dengan Exco Perumahan pada penghujung tahun lalu, beberapa permohonan yang dikemukakan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd dipersetujui menepati syarat-syarat yang dikenakan Kerajaan Negeri dan sepatutnya diberikan kelulusan juga masih belum mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Salah satu projek JKPSB dikenakan syarat membayar RM 500,000 kepada MBPP sebagai gantirugi kos pembaikan akibat pemancar telekomunikasi runtuh di Menara UMNO sebelum permohonan PKM diluluskan. Pembayaran telah dibuat pada Januari 2015 namun hingga kini tiada kelululusan diberikan bagi projek berkenaan.

    Pihak saya tidak dapat mengelak untuk berpandangan bahawa Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang adalah seorang Exco tanpa kuasa seperti " anak harimau tiada gigi ". Ini adalah keranaYB Exco sendiri memberi jaminan semasa perjumpaan tersebut kelulusan Pelan Kebenaran Merancang akan diberikan secepat mungkin kepada permohonan-permohonan berkenaan.

    Saya ingin mengingatkan YB Exco Perumahan bahawa piagam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi permohonan Pelan Kebenaran Merancang ;keputusan Kebenaran Merancang perlu diberi dalam tempoh 8 minggu daripada tarikh penerimaan pelan yang ditunaikan syarat. Walaupun kesemua syarat-syarat yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tersebut telah dipatuhi, pihak JKPSB contohnya, masih tidak menerima sebarang maklum balas secara bertulis daripada pihak PBT mengenai status kelulusan permohonan-permohonan tersebut.

    Permohonan PERDA dan JKP Sdn Bhd seawal tahun 2011 juga masih belum mendapat maklum balas dari pihak berkuasa negeri. Pihak saya juga tidak dapat mengelak dari merumuskan Kerajaan Negeri dengan sengaja mencari alasan untuk menggagalkan usaha dan rancangan agensi Kerajaan Pusat untuk menyediakan perumahan bagi rakyat Pulau Pinang.

    Kerajaan Negeri mencari dan mencipta alasan untuk menolak permohonan-permohonan yang dikemukakan JKPSB dan PERDA setelah mesyuarat SPC tanpa sebarang justifikasi berkali-kali menangguh kelulusan permohonan-permohonan berkenaan. Kerajaan Negeri tidak sepatutnya bermain politik dalam penyediaan perumahan untuk rakyat.

    Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa mengajak pihak saya untuk berbincang berdasarkan fakta tetapi beliau sendiri menggunakan fakta yang salah.
    NOVANDRI. BLOGSPOT (COPY PASTE )

    BalasPadam
  7. Fakta:

    1. Sebanyak 2447 unit (25.9% dari 9444 unit) adalah rumah Kos Rendah (jenis teres dan pangsapuri) dan ditawarkan pada harga RM35, 000 dan RM 42, 000 seunit;

    2. Peratusan komponen rumah di bawah siling harga mampu milik kerajaan negeri adalah pada 64.21% dari keseluruhan jumlah yang dicadangkan.

    ***Bukan sepertimana yang didakwa oleh YB Exco majoriti komponen perumahan yang dipohon melebihi paras harga mampu milik kerajaan negeri.

    3. Kelulusan permohonan projek JKP Sdn Bhd di Kampung Pisang Awak yang dirujuk YB Exco dalam kenyataannya sebelum ini diperolehi pada tahun 2009. Ini berlaku sebelum kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan polisi perumahan yang baru.

    Saya ingin ulangi bahawa pihak PERDA dan JKP Sdn Bhd sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleh rakyat Pulau Pinang. Ini terbukti bilamana pihak saya bersama JKPSB dan PERDA telah bersetuju untuk berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan YB Exco Perumahan sebagaimana yang diminta oleh YAB Ketua Menteri.

    Sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang saya telah memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri sendiri yang juga Pengerusi Jawantankuasa Perancangan Negeri (SPC) untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan dengan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd. Ketua Menteri meminta saya berurusan dengan YB Exco Perumahan terlebih dahulu dan beliau berjanji akan berjumpa saya sekiranya isu-isu tidak dapat diselesaikan di peringkat Exco Perumahan.

    Ketua Menteri tentunya lebih tahu YB Exco tiada kuasa untuk membuat keputusan meluluskan pelan Pelan Kebenaran Merancang kerana hanya SPC yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri sahaja berkuasa melakukannya. Sembilan(9) bulan sudah berlalu sejak saya menulis surat memohon untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Ketia Menteri. Sehingga kini belum ada jawapan dari pihak Ketua Menteri walaupun saya sudah berjumpa dengan YB Exco dan isu permohonan PKM oleh PERDA dan JKPSB tidak juga selesai. Ini jelas menunjukkan Ketua Menteri tiada niat atau hasrat untuk meluluskan permohonan perumahan untuk rakyat.

    Kerajaan Negeri lebih gemar bermain politik dalam isu-isu rakyat termasuk dalam isu perumahan. Ini bukan sikap yang sepatutnya bagi sebuah kerjaaan yang mengaku mereka mengutamakan kepentingan rakyat.

    Terima kasih.

    Datuk Seri Zainal Abidin Osman Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

    Kita harap agar Lim Guan Eng DAP lebih memikirkan masaalah rakyat Pulau Pinang daripada lebih bermain politik. Dan janganlah pula meminta orang lain untuk menjawab bagi pihak beliau.novandri. blogspot (copypaste )

    BalasPadam
  8. this lady should take a long break,.. she is just like her papa talking garbage...fitnah sana sini merosakkan aqidah org..chiit..

    BalasPadam
  9. Sama je Najib & Nurul Izzah..hakikat poliTIKUS..suruh jadi INSAN tapi tetap nak jadi TIKUS..penulis artikel pula tak kenal DIRI..TIKUS bercerita tentang HAKIKAT TIKUS

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping