Isnin, Julai 27, 2015

Hah! Kita ingatkan diorang ni berani sangat la nak ambik risiko terhadap Pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap PAS. Tapi rupanya diorang pun Ketar jugak Buah Kerandut rupanya.

Dalam dok sibuk - sibuk orang bercerita pasal isu Sumpah Bai'ah dikalangan puak - puak PAS, geng - geng PASMA-Cai ni pulak yang mula menggelupor tak tentu arah macam orang hilang akal.

Tengah - tengah terdesak ni, diorang mula la mendesak agar pihak berkuasa agama Islam negeri untuk mengambil tindakan membatalkan sumpah dan bai’ah dibuat wakil rakyat PAS di Kelantan.

Alasan yang diorang berikan KONONnya Sumpah Bai'ah PAS tu adalah bertentangan tuntutan dan tujuan asal sesebuah perkahwinan dan ianya boleh mendatangkan mudarat lebih besar.

Bak kata Naib Pengerusi Pasma Kelantan, tindakan yang dilakukan PAS itu akan memberi kesan negatif kepada isteri, anak dan keluarga pihak berkenaan, berbanding sekatan keluar parti.
“Ia proses menyalahgunakan kuasa talak yang dibenarkan Islam tanpa tujuan dibenarkan syarak. Justeru, saya harap pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya,” katanya, semalam.
Che Ibrahim yang pernah menjadi hakim mahkamah syariah turut menegaskan, antara alasan kukuh bai’ah perlu dibatalkan kerana perkahwinan dibina atas asas kekal tanpa status politik.

Selain itu katanya, ikatan perkahwinan adalah perjanjian sehidup semati pasangan dan ia tidak boleh dirombak semata-mata kerana suami bertukar parti kecuali kerana maslahat atau kepentingan agama lebih besar.

Menurutnya, keluar parti atau melompat parti lain selama mana ia tidak menimbulkan mudarat besar kepada Islam bukanlah sesuatu diharamkan oleh undang - undang syariah.
“Bai’ah dan sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga melangkaui maslahat syarie antara kepentingan menjaga kerukunan dan ikatan perkahwinan dengan maslahat politik diperlukan semasa dilafazkan.
“Bantahan saya ini berdasarkan Undang-Undang Mesir, Perkara 25 Tahun 1929 dan Perkara 90 Undang-Undang Syria memperuntukkan, ‘Tidak jatuh talak ditakhlikkan jika dilafazkan bukan bermaksud menceraikan isterinya kecuali mendorong ia melakukan sesuatu atau menghalang berbuat sedemikian, atau menggunakan sumpah bagi menyatakan sesuatu, tanpa tujuan lain’,” katanya.
“Mereka yang melafazkan bai’ah dan sumpah hendaklah melepaskan diri mereka daripada ikatan sumpah ini secara membayar kafarah iaitu beri makan kepada 10 orang miskin, atau beri pakaian kepada mereka, atau berpuasa tiga hari,” katanya.
Persoalannya, isu berkaitan dengan sumpah Bai'ah tu bukan la satu tindakan yang baru dilakukan oleh puak - puak PAS tu. Sebelum ni pun diorang dah buat benda yang sama jugak.

Tapi kenapa baru sekarang ni diorang nak mempertikaikan mengenai isu Sumpah Bai'ah tu dan mendesak agar pihak berkuasa ambik tindakan? Dan kenapa baru sekarang diorang anggap lafaz sumpah Bai'ah tu tak betul?

Kan nampak sangat janggalnya tindakan diorang. Hanya semata - mata nak selamatkan kedudukan serta menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri, maka baru itulah diorang nak menyalak macam orang MUNAFIK yang hilang akal!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping