Heh! Nampak gayanya, Si Mahfuz Bean tu semakin hari semakin bijak untuk menyelamatkan kedudukan dia didalam arus Politik semasa. Nak pulak bila kemelut melanda PAS ketika ini.
Biarpun dia KALAH dalam pemilihan parti itu sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu nampak gayanya masih pandai untuk mempergunakan peluang yang ada bagi mengekalkan jawatan dia sendiri.
Sedangkan rakan - rakan dia yang lain semuanya kecewa dengan keputusan yang mereka miliki, Si Mahfuz Bean ni pulak buat tindakan yang sebaliknya. Dia kekal duduk ditengah - tengah.
Dalam satu kenyataan yang dibuat semalam, Si Mahfuz Bean tu dilaporkan masih setia dengan kepimpinan PAS yang baru walaupun dalam masa yang sama dia lantang membuat kritikan.
Bila ditanya oleh pihak media mengenai kedudukan Si Mahfuz Bean tu pada ketika ini, dia tidak mengulas panjang. Tapi sebaliknya, Si Mahfuz Bean ni hanya menjawab dengan jawapan ringkas.
"Saya masih Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena, itu saja saya boleh bagi tahu," katanya dengan ringkas kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan Parlimen, di sini, hari ini.
Walaubagaimana pun, jawapan Si Mahfuz Bean tu disambut secara skeptikal bukan sahaja dikalangan rakyat biasa. Malahan mereka yang menjadi Ahli PAS pun curiga dengan pengakuan tersebut.
Bagi mereka, kenyataan Si Mahfuz Bean tu belum benar - benar dapat memastikan soal kesetiaan dia terhadap parti. Tapi mereka melihat Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar mementingkan jawatan.
Biarpun dia masih lagi menjadi Yang DiPertua Kawasan Pokok Sena, tetapi soal kesetiaan Si Mahfuz Bean tu masih lagi boleh dipersoalkan. Adakah dia benar - benar setia dengan kepimpinan PAS yang baru?
Tambahan pulak, Si Mahfuz Bean tu seringkali dilihat turut menghadirkan diri dalam siri jelajah yang dianjurkan oleh Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu diserata pelusuk Negara.
Maka, tak mustahil sekiranya kesetiaan Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar untuk menjadi 'Orang Dalam' kepada Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu bagi menjahanamkan PAS dari dalam!!! Lagi pun, Si Mahfuz Bean ni bukannya boleh percaya sangat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.