Rejim Pakatan Selangor di bawah kepimpinan Si Azmin Ali tu digesa supaya segera menyelesaikan status pentadbirannya ekoran krisis hubungan politik antara PKR-DAP-PAS dalam Pakatan Rakyat.
Bagi Khalid Ibrahim, situasi itu sudah pasti menarik perhatian istana yang mahukan penjelasan sejauh mana kepimpinan pembangkang itu boleh mengendalikan pentadbiran negeri.
"Itu terpulang kepada kepimpinan. Sudah tentulah pihak istana mengharapkan penjelasan tak lama lagi supaya dapat ditentukan siapa yang akan mengendalikan pentadbiran negeri," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang yang juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor tu juga berkata, Rejim Pakatan Negeri juga perlu menangani masalah itu supaya tidak hilang kepercayaan rakyat.
"Saya faham dalam politik memang ada pergolakan dan saya harap pergolakan dapat dijelaskan supaya kepercayaan rakyat tidak luntur atau hilang kepada kepimpinan yang ada," katanya.
Mengulas penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menganggap ia masalah dalaman antara ketiga-tiga parti dalam PR itu.
Ditanya pandangannya sama ada GHB mampu bertahan lama dalam dunia politik, katanya itu terpulang kepada cara kepimpinan dan penerimaan rakyat terhadap entiti itu.
"Saya tidak akan membuat komen atau mencampuri perbincangan tentang perkara ini kerana ia masalah dalam parti PAS, DAP, dan PKR. Lagipun saya sudah jadi Adun Bebas," katanya.
Azmin pada 22 Jun lalu menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memaklumkan tentang masalah dalaman PR di peringkat pusat sejurus selepas DAP mengisytiharkan gabungan politik itu berakhir.
Ramai yang menganggap tindakan lembab yang dipamerkan oleh Si Azmin tu pada ketika ini sengaja dilakukan kerana ianya akan menjejaskan kedudukan dia sebagai Menteri Besar Selangor.
Sekiranya dia bertindak pantas untuk menangani kemelut yang melanda pada ketika ini, sudah pasti jawatan dia sebagai Menteri Besar juga akan tergugat. Bila - bila masa je dia boleh kena tendang. Mungkin sebab itulah dia sengaja melengah - lengahkan tindakan tersebut!!!
Kelas ahli politik Pakatan Rakyat berpolitik....semenjak menjadi wakil rakyat tidak habis habis berpolitik Apakah perlantikan mereka mereka ini untuk memahirkan lagi rakyat untuk mengentahui tentang selok belok berpolitik? Khidmat wakil rakyat entah ke mana, sembang sahaja yang lebih, elaun beribu ribu di cekik tiap tiap bulan pengikut terpelahak mengharapkan pertolongan. Semuanya kena kencing kecuali mereka mereka yang berkepentingan.
BalasPadam