Rabu, Julai 08, 2015

Tak payah la PAS nak bagi alasan kononnya puak - puak DAPigs tu tak faham mengenai isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tu. Dah muak dah orang dengar alasan diorang tu.

Masalahnya, bukan sebab puak - puak DAPigs tu faham atau tidak mengenai kaedah perlaksanaan Hukum Hudud tu. Tapi sebaliknya, puak - puak PAS tu sendiri yang masih tak reti - reti bahasa.

Dah berapa kali dah kita katakan bahawa puak - puak DAPigs tu takkan sesekali dapat menerima dasar perjuangan Islam. Diorang sejak dari dulu lagi dah membantah mengenainya.

Jangan kata nak laksanakan Hukum Hudud. Nak sebut Malaysia ni sebagai sebuah Negara Islam pun puak - puak DAPigs tu terasa jijik mendengarnya. Apatah lagi nak mengamalkan dasarnya.

Perkara tu memang sudah diketahui oleh puak - puak PAS tu sendiri. Tapi yang diorang sibuk sangat nak menjalinkan kerjasama Politik dengan puak - puak Kafir Harbi DAPigs tu siapa suruh!!! Diorang yang BODOH sangat percaya pada DAPigs tu. Jadi, sendiri tanggung la!!!
KOTA BAHARU: DAP pada Rabu diselar kerana disifatkan sengaja buat-buat tidak faham mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Mohd Nassuruddin Daud berkata bukan Islam sepatutnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud kerana ia tidak melibatkan mereka dan hukuman hanya dikenakan terhadap orang Islam sahaja.

"Sepatutnya tak timbul dia (DAP bantah) sebab kita pinda mengikut kehendak dia (undang-undang tidak terpakai kepada bukan Islam), sepatutnya dialah yang paling setuju.

"Alih-alih dia pula yang lawan. Jadi bukan mereka tak faham, (tapi) mereka buat-buat tak faham," katanya pada Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di sini, Selasa malam.


Persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 18 Jun lepas masih belum membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan kerana memberi laluan kepada agenda dan urusan kerajaan lain.
Categories: , ,

7 ulasan:

  1. DAP - DEMOCRATIC ACTION PARTY..........................................DIP -DEMOCRATIC ISLAM PARTY..........................

    BalasPadam
  2. LIM KIT SIANG SIBUK SURUH PDRM SIASAT KEMATIAN HUSSAIN NAJADI DAN KAITANNYA DENGAN NAJIB, TAPI TAK PERNAH BERANI SURUH PDRM SIASAT PEMBABITANNYA DALAM 13 MEI 1969!!!

    Lim Kit Siang mendesak pihak polis membuka semula kes pembunuhan bekas pengasas Kumpulan Ambank, Hussain Najadi yang telah mati ditembak pada tahun 2013. Alasan Lim Kit Siang ialah tulisan anak Najadi yang telah meninggalkan Malaysia lama dahulu, menyatakan pembunuhan bapanya ada kaitan dengan Najib.

    Itu sahaja alasan Lim Kit Siang.

    Pembunuhan Najadi telah diselesaikan. Orang yang membunuh juga telah ditangkap. Lim Kit Siang barangkali tidak membaca atau barangkali sudah terlalu nyanyuk kerana angka-angka tarikh dan masa kejadian yang saling bercempera sepertimana tarikh-tarikh dalam nota kewangan yang didedahkan oleh WSJ.

    Lim Kit Siang jelas menipu dan mempunyai niat jahat apabila menyatakan Najadi dibunuh kerana telah melaporkan kepada polis tentang salah urus dan penyelewengan wang negara yang berada dalam akaun peribadi Najib Abdul Razak. (BACA DI SINI)

    Hanya kerana khabar-khabar angin, asalkan terkait dengan Najib Abdul Razak dan UMNO, Lim Kit Siang akan menerimanya sebagai satu kebenaran dan mula menjadikan PDRM sebagai macai dan budak suruhannya. Tetapi apabila membabitkan dirinya serta anaknya, Lim Guan Eng, dengan pantas Lim Kit Siang sama ada enggan menjawab atau membuat penafian kosong semata-mata.

    Contoh terbaik adalah pembabitannya dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969. Sehingga sekarang, Lim Kit Siang selain daripada ancaman menyaman sesiapa yang membangkitkan isu tersebut, tidak pernah sedikit pun meminta agar PDRM melakukan siasatan atau Parlimen mengeluarkan hansard pada sesi parlimen selepas berakhirnya MAGERAN.

    Hanya kerana ianya viral di WhatsApp dan dengan menggunakan Bahasa Inggeris pasar, tidak bermakna apa yang diterimanya adalah benar. Sepatutnya, Lim Kit Siang sebagai ahli politik yang sudah berjaya mencapai status JURASSIC berhenti daripada mempercayai apa-apa sahaja maklumat yang diperolehinya daripada WhatsApp memandangkan sebahagian besar mesej tersebut bermaksud gurauan semata-mata. Orang tua sepertinya sepatutnya lebih matang bukannya lebih bodoh berbanding budak baru lepas mimpi basah!

    Lim Kit Siang sepatutnya menunjukkan kepada kita bukti yang Najadi telah membuat laporan polis pada 28 Julai 2013 sepertimana berkaitan dengan tuduhan WSJ, Najib telah menyonglap RM2.6 bilion masuk ke koceknya.

    Seandainya ia benar, cerita-cerita sensasi seperti itu sudah lama bocor.

    RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib?

    Wow... pastinya sudah bocor pada tahun 2013 berbanding baru sekarang isu ini muncul!

    Lim Kit Siang seharusnya menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat oleh Najadi seandainya ia wujud dan apa yang dilaporkan oleh Najadi.

    Mengapa fakta-fakta ini langsung tidak diambil kira oleh Lim Kit Siang sebelum dia mula membodoh-bodohkan dan menjadikan PDRM sebagai macainya?

    (1) Pengasas Ambank, Hussain Najadi telah menjual semua saham-sahamnya pada tahun 1983-1984 dan telah membantu mewujudkan Universiti Islam Antarabangsa serta tidak lagi terbabit dengan pengurusan mahupun memiliki pejabat di Ambank selama lebih 30 tahun.

    (2) Tiada sebarang laporan polis difailkan oleh Najadi pada 28 Julai 2013 atau sebarang masa lain berhubung dakwaan WSJ tentang bayaran sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib. Seandainya ianya benar, sudah tentu cerita sensasi seperti ini sudah lama bocor.

    (3) Tiada seorang pun ketua-ketua IT dipaksa meletak jawatan pada 2013.

    (4) Sekalipun terdapat ketua-ketua IT yang dipaksa meletak jawatan, sudah pasti mereka akan membocorkannya kepada awam atau mengadu kepada Pakatan seandainya merka sedar tentang langkah-langkah pemecatan berskala besar itu, namun selama lebih 2 tahun, tiada sesiapa pun dari Ambank yang bercakap tentang gerakan tersebut.

    BalasPadam
  3. (5) Pengasas Ambank itu telah dibunuh kerana pertelingkahan tanah tokong Bukit Ceylon apabila dia berusaha menyekat penjualan tanah itu kepada pihak lain.

    (6) Anak tunggal Hussain Najadi iaitu Pascal sudah terkenal dengan perangai hodohnya. Dia dilahirkan di Switzerland dan memegang dua kerakyatan iaitu Switzerland dan Britain selain jarang-jarang tinggal di Malaysia. Pascal telah menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri bapanya atau lebih tepat lagi ibu tirinya, Cheong Mei Kuen dan berjaya merampas harta warisan bernilai RM1.8 juta dengan alasan, wanita tersebut bukannya beragama Islam, malah elah memaksa wanita tersebut membayar kos sebanyak RM30,000.

    Cheong Mei Kuen turut tercedera dalam kes tembak-menembak tersebut dan dia telah memeluk suaminya yang berlumuran darah ketika ditemui.

    Mengapa agaknya, Lim Kit Siang langsung tidak mengambil kira fakta-fakta berkenaan sebelum cuba buat kecoh dan cuba menimbulkan persepsi jahat ke atas Najib?

    Mengapa Lim Kit Siang tidak pernah meminta polis menyiasat dan membentangkan hasil siasatan Tragedi 13 Mei 1969 di mana dia adalah salah seorang penghasut perkauman yang berakhir dengan tragedi berdarah?theflyingkick.blogspot

    BalasPadam
  4. Adakah PAS hilang sabar dengan DAP Penang?

    Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

    "Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan.

    "Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh.

    "Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik.

    "Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya," katanya.

    Ini selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota PAS yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

    Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Salah seorang ahli PAS, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

    “Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014,” petik isi kandungan surat berkenaan.

    Baca sepenuh SINI.theunspinners.blogspot

    BalasPadam
  5. APABILA PORTAL LUAR NEGARA MEROSAKKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA!! NEGARA IRAQ MUSNAH KERANA MEREKA!!

    BILA PORTAL ZIONIS BERJAYA KUCAR KACIRKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA, DIBANTU PULA DENGAN PORTAL PEMBELIT UTAMA DI MALAYSIA IAITU MALAYSIAKINI, MALAYSIAN INSIDER, TEAM CYBER PRO TUN SERTA PRO PAKATAN SERTA PAGE-PAGE POPULAR DI FACEBOOK, MAKA KEROSAKAN ITU SUDAH BERLAKU.

    TETAPI TAK MENGAPA, KEBENARAN BUKAN MUDAH NAK DITEWASKAN, WALAU DIKALANGAN SYAITAN-SYAITAN PERSEPSI SEMAKIN SERONOK DALAM MENJAJA CERITA PALSU, MALAH DIBANTU PULA DENGAN SEGEROMBOLAN PENGHIRUP DANA-DANA HARAM, MAKA KERJA-KERJA JAHAT ITU DILAKUKAN DENGAN CUKUP MUDAH.

    TETAPI HARUS DIINGAT, NAK MELAWAN KEJAHATAN MUSUH, PERANCANGAN KENA CERDIK, LICIK, TERSUSUN, MEROSAKKAN MEREKA DENGAN CARA CUKUP TERKESAN, BUKAN SATU KERJA YANG MUDAH.

    DOSA TERAMAT BESAR AKHBAR/PORTAL THE WALL STREET JOURNAL KEPADA UMAT ISLAM IRAQ.

    Mungkin ramai yang begitu teruja dengan pendedahan akhbar harian The Wall Street Journal tentang kemasukan dana sebanyak USD $ 700 juta ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini. Masing-masing dengan megah berkongsi artikel WSJ kedalam akaun Facebook masing-masing mengandaikan Perdana Menteri akan tunduk dengan mainan WSJ ini.

    Benar seperti yang pernah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W bahawa manusia ini mudah lupa. Mungkin ramai yang lupa apa yang berlaku di Iraq dan Libya. Di Iraq, tiada lagi kita mendengar cerita keindahan kota Baghdad, pusat ilmu Islam suatu ketika dahulu.

    Di Tripoli, tiada lagi keindahan pantainya menghiasi carta tempat menarik untuk dilawati. Semuanya kini hancur dijarah oleh Amerikaa Syarikat menerusi cerita-cerita yang direka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?

    Jika kita masih ingat 2 siri Perang Teluk berlaku dan kebetulan perang ini diketuai oleh George H. W. Bush Senior dan anaknya George W Bush. Jika peperangan yang pertama kita dimomokkan dengan cerita Iraq menyerang Kuwait demi telaga minyak, tetapi Perang Teluk ke 2 lebih mendatangkan kehancuran secara total.

    BalasPadam
  6. Pentadbiran White House menerusi Jabatan Pertahanannya, Colin Powell menyatakan Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dikhabarkan sistem peluru berpandunya boleh menghancurkan Tel Aviv. Dan paling utama Iraq juga dikhabarkan kepada kita menyimpan plutonium untuk membina peluru nuklear dan Allahyarham Saddam Hussien dikhabarkan mahu menghancurkan terus Israel dari peta dunia. Inilah alasan utama Iraq di serang buat kali kedua dalam 10 tahun.

    Siapakah yang mula-mula sekali mengeluarkan andaian dan tuduhan Pentagon terhadap Iraq yang kini terbukti karut ini? THE WALL STREET JOURNAL adalah akhbar pertama yang menyiarkan kenyataan perisikan CIA dan laporan “separa masak” dari Colin Powell untuk menghalalkan perang di Iraq. Dan paling utama, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed menghentam teruk sumber akhbar dari barat dengan mengatakan laporan akhbar dari barat merupakan penyumbang kerosakan nyata di seluruh dunia.

    Mereka secara kosisten menyatakan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengesahkan bahawa Iraq menyimpan senjata ini di beberapa lokasi strategik dan paling banyak dilaporkan di Tikrit, bandar kelahiran Saddam sendiri. Setiap kali mereka menyiarkan berita ini, The New York Times akan memetik semula cerita ini dan di sebarkan ke seluruh rantau arab dan dunia.

    Sewaktu Setiausaha Agung PBB pada masa itu, Kofi Annan menolak untuk kali pertama desakan Washington mahu menyerang Iraq, WSJ sekali lagi memainkan peranan menghentam Kofi dengan mengatakan beliau lembik dan takut mengambil keputusan demi keselamatan dunia. Akhirnya, selepas desakan hampir seluruh media di New York, satu draft resolusi membenarkan Amerika menyerang Iraq diluluskan dengan hanya Rusia dan China sahaja tidak menyokong.

    Lihat sahaja permainan media WSJ. Mereka tidak memperdulikan kebenaran asalkan laporan mereka sentiasa dibaca dan ini dikhabarkan merupakan strategi melariskan jualan mereka. Apa yang dialami oleh Datuk Seri Mohd Najib boleh dikatakan senasib dengan apa yang dialami oleh Muammar Ghadaffi. Imej beliau yang boleh dikatakan “over reacted” pada setiap lawatan beliau keluar negara juga hasil dari serangan pertama WSJ.

    BalasPadam
  7. Anehnya, mereka juga boleh “membersihkan” imej seseorang dengan laporan terbaik kepada musuh mereka. Ini yang dialami Ghadaffi sewaktu Libya kembali diterima oleh masyarakat dunia. Peristiwa rampasan pesawat Lockerby, Scotland seolah-olah begitu mudah dilupakan Amerika dan Britain apabila Ghadaffi kembali menghadiri sidang kemuncak PBB di New York.

    Dan WSJ sekali lagi menggunakan kuasa media mereka dalam menghalalkan pembunuhan Ghadaffi sewaktu Arab Spring 3 tahun lalu. Lihatlah percaturan akhbar ini dalam mengganggu urusan pentadbiran negara lain dan paling utama mengganggu negara Islam yang sedang progresif.

    Jika di beberapa negara arab seperti Iraq, Syria, Lebanon, Libya dan Tunisia sudah menolak laporan dari sumber-sumber media barat sebegini, tetapi di Malaysia, begitu ramai mengambil terus laporan dari media ini tanpa sedikit pun memperdulikan nasib yang menimpa saudara seIslam mereka di Baghdad, Tripoli dan lain-lain lagi.copy paste headbomb.blogspot

    PRU14.tv

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping