Sabtu, Julai 25, 2015

Puas Mengejas Normah, Takkan Nak Ikut Bai'ah!!! 
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cuba mengelak daripada menjawab persoalan bahawa beliau boleh dirujuk di bawah sumpah baiah talak tiga sekiranya keluar PAS.

Sebaliknya, pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata beliau hanya berpegang kepada kenyataan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa sumpah bai'ah tidak boleh dikaitkan dalam politik.
"Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan GHB peringkat negeri di sini, Jumaat.
Terdahulu Mufti negeri, Wan Salim menegaskan sumpah baiah talak tiga oleh semua wakil rakyat PAS sama sekali tidak sah dan tidak seharus dikaitkan dengan politik.

Isu sumpah baiah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat PAS menubuhkan parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) selePAS kalah dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob telah menegaskan, perkara itu terkandung dalam lafaz baiah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri tersebut sejak 2004.

Mat Sabu yang masih mengaku dirinya masih sebagai ahli PAS, berkata isu keahliannya akan dipecat secara automatik selepas GHB berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Penubuhan (RoS) kelak.
"Keahlian PAS saya akan dengan sendiri terkeluar apabila saya menyertai parti lain," katanya.
Menurutnya, parti yang berdaftar itu akan menggugurkan perkataan 'Gerakan' dan ada cadangan untuk guna Parti Progresif Islam.
"Kami masih belum menetapkan nama parti dan kami sedang berurusan dengan Jabatan Pendaftaran (RoS) bagi menetapkan satu nama parti yang sesuai. Hanya RoS mempunyai kuasa untuk menilai dan meluluskan sesuatu nama parti," katanya.
Sementara itu, ditanya siapa yang akan mengetuai parti politik baharu tersebut kelak sebagai presiden, Mat Sabu berkata perkara berkenaan hanya akan diputuskan apabila parti politik baharu itu diluluskan secara rasmi.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. saper tak sayang bini oiiiii ..
    salain dari Norma .. ingat ada lagi ke yg selera nak kan si Mat Sabun tu

    BalasPadam
  2. bila kena batang hidung sendiri.. pandai pulak pusing sana sini bagai...
    masa tengah laku dulu ..tak pertikai pun sumpah baiah ni..
    ni tak nak mintak pendapat mufti Etopia ke ... Ghana ke... mana tau fatwa diorang lagi power

    BalasPadam
  3. Satu cara lagi nak lepaskan diri dari baiah ialah dgn cara masuk ke dalam hutan jd komunis, muka mcm mat sabu ni sesuai jd komunis.

    BalasPadam
  4. Amoi komunis pon banyak..oraaaiittt

    BalasPadam
  5. SiMat Sabu ni, kerana politik hukum agamapun diselewebgkan macam Sipenganut Syiah tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping