Ahad, Julai 19, 2015

Bekas pemimpin kanan PAS yang terbabit dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru dinasihatkan belajar daripada sejarah yang menyaksikan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh berkata perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baru kerana sejarah telah membuktikannya.
"Masa akan datang ustazah tak pasti tapi kalau kita melihat kepada sejarah yang lampau yang pernah berlaku di mana pimpinan yang tidak berpuashati telah menubuhkan parti baru.
"Tapi setakat ini yang kita lihat parti mereka sudah tidak berfungsi," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa pemimpin PAS yang mahu menubuhkan parti baru menerusi Gerakan Harapan Baru yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang. 

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku pengerusi jawatankuasa penaja parti baharu itu mengumumkan pelancaran parti baru itu pada Isnin lalu. 

Antara anggota jawatankuasa interim parti itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Nuridah menyifatkan penubuhan parti baru untuk menggantikan PAS adalah tidak perlu kerana matlamat Gerakan Harapan Baru telah diperjuangkan parti Islam itu sejak sekian lama.
"Jadi wallallahualam kalau kita tidak mahu belajar dari sejarah kerana ustazah pun bukan ahli nujum tapi sebenarnya apa yang mereka nak perjuangkan semuanya dah ada dalam PAS.
"Pada ustazah tidak perlu sebenarnya (tubuhkan parti baru), kita perkemaskan sahaja PAS ini dan kita sabar dengan apa yang berlaku," katanya.
Justeru beliau menggesa anggota PAS di semua peringkat agar sentiasa istiqamah kepada parti dan bersabar menghadapi kemelut yang berlaku.  
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Pakcu Rantau Panjang.18 Julai 2015 pada 5:56 PTG

    Biasalah ustazah..oooi....orang tak puas hati dengan keputusan yang ada. Mungkin juga rasa dia terbaik tapi tak dipilh..maka mulalah terpekik terlolong sana sini. Jadi biarkan mereka mencuba mana tahu parti baru oleh bentuk kerajaan dan akan jadi pemerintah yang terbaik dikurun ini. Biar Mat Sabu jadi PM Malaysia nanti.. ..siapa tahu tuah seseorang.....walahualam

    BalasPadam
  2. Lebih tepat lagi mesti khatam sejarah negara kita.Jatuh ke tangan Penjajah kerana orang melayu di pecah pecahkan .PECAH DAN PERINTAH.Sanggup menjadi Barua pengkhianat bangsa Agama dan negara.Filem Sarjan Hassan mendahului cth dan Tauladan bagimana seseorang Pengkianat itu sanggup meperhamba abdikan diri kpd musuh kerana laba dunia .Halal haram persetankan.

    BalasPadam
  3. pejuang kominis pun dikata hero! ini lah sejarah bagi mat sabu.phb yamg tentunya haru biru pemikiran.nak mengharapkan pas; takkan ok klu pas tak ikut dia he he sebab merekalah terbaik.

    BalasPadam
  4. Mat Sapu nak diangan angankan jadi PM Malaysia..??Penyokong komunis ni..habis negeri ni kelak di gadaikanya pada DAP...

    BalasPadam
  5. Kita tengok siluncai terjun dengan labu labunya biarkan biarkan....Akal tak sampai sejengkal nafsu bukan main besar nak buat macamana. Apakah menjadi pemimpin menjadi target dalam berpolitik. Tahu tak tanggung jawab dunia dan akhirat apabila sudah menjadi pemimpin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping