Khamis, Julai 30, 2015

Heh! Nampak sangat la yang Si Mat Sabu tu memang seorang yang Tak Layak nak jadi pemimpin. Malah dia juga begitu mudah untuk diperlekehkan oleh orang dari dalam parti dia sendiri.

Kalau tidak, kenapa pulak dia begitu mudah untuk kalah dalam pemilihan yang diadakan baru - baru ini? Itu menunjukkan yang Si Mat Sabu ni takde Kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Dalam sibuk - sibuk Si Mat Sabu tu menjaja cerita kononnya ramai orang nak sertai Geng Haprak Baru yang dia pimpin pada ketika ini, lain pulak ceritanya dari kalangan puak - puak PAS sendiri.

Jika sebelum ini, PAS Sabah dah menyatakan pendirian mereka terhadap perkara tersebut. Kali ini, giliran PAS Kedah, Negeri kelahiran Si Mat Sabu tu pulak menolak Geng Haprak Baru yang dipimpinnya.

Jelas Pesuruhjaya PAS Kedah, Geng Haprak Baru yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu takkan mampu untuk menggugat kedudukan PAS di Kedah sehingga mampu memupuskan parti itu pada ketika ini. 

Malah, Pesuruhjaya PAS Kedah tu juga turut membuat dakwaan kononnya Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu hanya setakat 'Gempar' je nak tubuh parti Politik baru dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum.
“Sama ada mereka akan pecah undi, yang itu kita tak dapat nak jangka lagi. Kita pun tidak tahu dia nak masuk pilihan raya ke tak masuk, atau dia nak tubuh parti politik betul-betul ke atau dia gempar sahaja. Politik ni macam-macam,” terangnya.
Dan apa yang lebih menarik ialah apabila Pesuruhjaya PAS Kedah tu juga turut memberikan perumpamaan terhadap Geng Haprak Baru ni dengan 'Anak Dara'. Kata Pesuruhjaya PAS Kedah tu:
Dia macam tengok anak dara, kalau dia tengok dia berkenan dia kata relevan. Dia tengok tak berkenan dia kata tak relevan tambah pula anak dara tu tolak dia. Terus tak mahu, tak relevan langsung,” jawabnya terhadap dakwaan PAS sudah tidak relevan.
Hah! Memang tepat sangat perumpamaan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah tu. Memang Si Mat Sabu tu pantang tengok 'Anak Dara'. Kalau dia berkenan, dia akan 'masuk jarum'.

Tapi, orang dah tua bangka macam Si Mat Sabu tu, siapa yang nak. Dah la takde Harapan, yang tinggal hanya Manis Bibir dia berkata - kata je. Nak kata dia kaya pun, setakat menumpang duit tabung Milo. Jadi, memang tak berselera la Anak Dara dibuatnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping