Ada semacam usaha untuk mewujudkan pergaduhan besar-besaran dalam UMNO dan permusuhan kekal yang membolehkan UMNO dan Barisan Nasional bercempera kerana permusuhan dalaman.
Malaysiakini memainkan peranan tersebut dengan jayanya hari ini! Agak menarik kerana klip video 53 saat telah digunakan untuk tujuan tersebut dan ianya diterima sebagai satu noktah dan kesimpulan kekal.
Tidak pula ada yang bertanya, mengapa klip video tersebut terlalu pendek dan tidak ditunjukkan bakinya? Perbualan tersebut di dalam rumah Muhyiddin. Ia sekadar perbualan biasa, bukannya satu ceramah atau forum terbuka.
Apa sebenarnya yang dibincangkan oleh Muhyiddin? Apakah mereka membincangkan tentang kegunaan tersebut dan siapa yang memperolehinya selain yang tergambar dan cuba ditekankan Najib telah menerima wang berkenaan?
Atau sama ada UMNO atau Barisan Nasional membenarkan Presiden dan Pengerusi menyimpan wang tersebut sebagai satu amanah? Siapakah yang memiliki baki rakaman berkenaan?
Mengapa tidak disiarkan keseluruhan rakaman? Mengapa hanya 53 saat? Adakah telefon yang merakamkannya telah habis data atau memori? Kata-kata Muhyiddin terhenti pada 'pengakuan' Najib tetapi kegunaan wang tersebut tidak disiarkan.
Dalam kontroversi berkenaan wang USD700 juta, Najib menafikan wang tersebut ia adalah dari 1MDB dan digunakan untuk kepentingan peribadi. Kenyataan Najib disokong oleh Reezal Marican dan Tajuddin Abdul Rahman.
Malah mereka menegaskan, UMNO-BN tidak memerlukan wang 1MDB untuk membiayai Pilihan Raya sebagaimana tuduhan Tun Dr. Mahathir, sebaliknya mempunyai sumber-sumber sendiri.
Walau apa pun, ini adalah rakaman kedua yang dibuat secara curi-curi melibatkan Muhyiddin pada bulan ini dan kemudian dibocorkan. Sungguh aneh. Pembocoran klip video hanya melibatkannya dan kalau tak salah seorang lagi adalah V.K Linggam.
Orang lain tak ada video ke? Ke orang lain 'terjaga' dan 'berjaga-jaga'? Atau sememangnya ada orang yang sentiasa mengikut Muhyiddin, menunggu dia berbuat silap dan kemudian menghebahkan kesilapannya itu dengan menggunakan medium seperti Malaysiakini untuk cuci diri?
Atau ini sebenarnya adalah bantuan kepada DAP dan PKR yang mahu menuntut agar semua kemenangan UMNO-BN dimansuhkan dan kemenangan diberikan secara percuma kepada mereka, sekaligus membolehkan mereka menjadi pemerintah negara ini dengan cara mudah?
Ulasan seterusnya, klik sini...
Whatever the issues between DSNR & TSMY, the RM42 billion 1MDB & RM2.7 billion issues must be explained & resolved because the rakyat wants to know the truth. Its as simple as that.
BalasPadamThe economy is losing billions by the day.
Sekor ni jangan nak menyibuk..dalang dari semua isu ini datang dari rejim pembangkang yang nak rampas kuasa cara haram..kerana dengan pru tak kan tercapai cita2 untuk berkuasa maka di ujud macam2 cerita fitnah..
PadamKalau semua ketakutan dan panik...semua perkara dispin..
BalasPadamKalau berani pecat berani tanggung le..
Pecat itu membawa penyatuan ke?
Malaysia today tu bukan bapa segala fitnah dan konspirasi paling mahal ke?
strategi bn sungguh menarik.jiwa2 besar terserlah untuk para pendukungnya di persekitaran tunggang terbalik leh kelaku mereka2 tak senonoh tu.
Padamdap n geng tentu rasa rugi klu peluang terlepas.melepas.
memang itu pun pembangkang mau. negara kelam kabut. ekonomi runtuh. kemudian datang superman pr datang menyelamat. phuihhhhh. dajjal akhir dunia. cipta fitnah. ramai percaya. dah diterangkan dalam quran. apa nak buat.....berdoa jer lah agar kemelut ni selesai. kepada ALLAH jer kita pohon. amin....
BalasPadam53 saat........ sharp killer evil propaganda.........divide & rule & conquered....................................................................Malaysiakini memainkan peranan tersebut dengan jayanya hari ini! Agak menarik kerana klip video 53 saat telah digunakan untuk tujuan tersebut dan ianya diterima sebagai satu noktah dan kesimpulan kekal......................the truth has comes &the falsehood becomes perished..............................
BalasPadam....mullah forever in time...........
Semua pemimpin umno n pas mesti selamatkn malaysia. Takut usaha2 musuh mencheck-mate malaysia bjaya
BalasPadamSabar muhyidin, the truth will prevail, yang penting, ikhlas, memperjuangkan agama, bangsa, tanahair
BalasPadamInsha Allah Malaysia akan selamat dan Bangsa Melayu tetap akan berkuasa diBumi Melayu ini...Islam tetap kukuh sebagai Agama Persekutuan sapertimana termaktub didalam Perlembagaan dan Kedaulatan Raja2 Melayu akan tetap dijaga.
BalasPadam