Rabu, Julai 22, 2015

Untuk sekian kalinya, kita akui bahawa Si Mahfuz Bean ni tidak la sebodoh seperti yang disangkakan walaupun dia hanya setakat LULUS SRP je. Hakikatnya, dia takde la 'Kurang Cerdik'.

Maka sebab itulah Si Mahfuz Bean tu boleh keluarkan kenyataan dan mendesak agar parti PAS bertindak lebih bijak untuk menangani isu berkaitan dengan Geng Haprak Baru Si Mat Sabu tu.

Kata Si Mahfuz Bean, PAS berhak untuk mengambil tindakan terhadap ahlinya yang didapati melanggar mana - mana peruntukan ataupun Fasal Perlembagaan parti termasuk memecat keahlian mereka.

Selain itu, Si Mahfuz Bean tu jugak turut menyifatkan Geng Haprak Baru Si Mat Sabu tu tidak akan memberikan kesan besar terhadap PAS sekiranya kepimpinan PAS memperbaiki kelemahan mereka.

Terutama sekali dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan serta kepercayaan dikalangan ahli serta masyarakat agar parti itu terus kekal relevan didalam arus Politik semasa.
“Jika pimpinan Pas berjaya atasi semua kelemahan yang ada, saya percaya Harapan Baru tidak beri apa-apa kesan. Namun jika pimpinan tidak berbuat sesuatu dalam usaha memperbaiki persepsi-persepsi negatif, tanpa Harapan Baru pun beri kesan,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka beliau, semalam.
Bila ditanya mengenai kewujudan 'Parti didalam Parti' pada ketika ini, Si Mahfuz Bean tu sekali lagi menegaskan agar kepimpinan PAS yang baru perlu bijak untuk memainkan peranan mereka.
“Pemimpin perlu lihat perubahan generasi kini yang berfikiran berbeza. Mereka berdepan cabaran jauh lebih hebat berbanding dahulu, perlu ada kebijaksanaan untuk mendekati golongan ini, tidak boleh statik dengan pendekatan zaman lampau semata-mata,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, Si Mahfuz Bean tu cuba nak menyampaikan kepada kepimpinan PAS yang baru agar mereka bertindak lebih bijak sepertimana yang dia telah lakukan sebelum ini.

Kalau kita tengok macam mana caranya Si Mahfuz Bean tu 'Hidup' ditengah - tengah konflik yang melanda PAS pada ketika ini memang cukup cerdik. Dua - dua belah pihak pun dia 'Makan'.

Yang sebelah PAS Pusat pun dia ambik jawatan, dengan Geng Haprak Baru tu pun dia ikut serta dalam siri jelajah mereka. Tak ke bijak namanya tu? Habis semua sekali dia sapu. Kiri dan Kanan!!!

Jadi, kalau PAS nak terus kekal relevan dalam arus Politik semasa pada ketika ini, diorang bukan sahaja perlu jadi Hamba Barua kepada DAPigs. Tapi diorang juga perlu pandai untuk 'Bermuka - Muka'. Menipu diri sendiri pun tak pe asalkan agenda kepentingan Politik Peribadi sendiri terjaga!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Pemimpin PAS kalau nak selamat mereka harus mengingatkan pemimpin yang ada supaya sentiasa ikut sunnah dan al Quran. Sikap yang sudah basi seperti PAS wujud untuk berjuang bagi membunuh UMNO mesti di buang terus ke longkang sebab kata-kata itu mampu untuk membuat pengundi atas pagar seperti kami jadi mual dan loya sebab kata-kata keramat itu hanya menampakkan kejangkalan dan kebodohan tidak terhingga diri sendiri. Alasan kami sekiranya PAS mewakili Islam tidak kah sikap lama dan bodoh itu mencerminkan PAS menolak silahturahim sesama Muslim? Tidak yakinkah tuan-tuan bahawa Rasulullah sudah beri amaran bahawa syurga adalah haram bagi mereka yang memutuskan silaturahim?

    Kalau nak cari musuh juga cuba cari mereka yang sanggup untuk menjual ugama demi untuk mendapat kuasa politik. Cari mereka yang sanggup untuk menyokong gereja dan DAP untuk mensyirikkan kalimah ALLAH demi untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Cari wakil rakyat yang sentiasa mencari kesalahan orang lain dan belum pun mula buat kerja-kerja yang boleh mendatangkan manafaat buat negara dan rakyat semua.

    Nak cari musuh ugama Islam? Senang sangat, mereka adalah pemimpin DAP dan mereka yang seangkatan dengan mereka walaupun bangsa mereka Melayu dan mereka walaupun pemimpin politik tetapi cukup takut dan gerun dengan pemimpin DAP. Beritahu ini semua dengan orang kampung yang taksub dengan PAS supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan nasihat yang mengelirukan dari musuh Islam yang sebenar nanti. Tinggalkan semua sikap berdendam sesama ugama dan bangsa Insyallah PAS tak perlu kuatir dengan parti yang bakal Mat Sabu tubuhkan.

    Perkara yang paling digeruni olih musuh Islam adalah apabila umat Melayu sudah mahu untuk bersatu diatas hal-hal yang melibat kepentingan bersama seperti ugama Islam dan mampu untuk berfikir secara waras dan lebih takut dengan Allah berbanding takut dengan pemimpin bukan Islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping