Rabu, Julai 22, 2015

Lim Kit Siang barangkali tidak menyangka sama sekali yang Tony Pua tidaklah sehebat dan secerdik mana. Malah mungkin tidak menyangka langsung bahawa siasatan Polis Thailand akan turut menjerat Tony Pua.

Bahkan tindakan tersebut sekaligus mampu untuk mengheret Tony Pua ke tali gantung atau penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah sewaktu dibicarakan di mahkamah nanti.

Setakat ini, hanya Lim Kit Siang sahaja yang dilihat cuba untuk mempertahankan Tony Pua seboleh-bolehnya. Lim Guan Eng langsung tidak berani kerana barangkali kebimbangan dia juga terlibat. 

Lim Kit Siang kalau kita lihat, begitu aktif mempertahankan Tony Pua yang telah dikenalpasti terbabit dengan Xavier Andre Justo dan Clare Rewcastle Brown Sarawak Report.

Sehingga setakat ini juga, Lim Kit Siang mahupun Tony Pua sendiri gagal membuat sebarang penafian berhubung pembabitan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam konspirasi dan kerja jahat Xavier Andre Justo. 

Cubaan Tony Pua untuk menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkannya dengan pendedahan Lester Melanyi, bekas editor Sarawak Report pula dilihat sebagai usaha terdesak yang menunjukkan ketakutannya.

Kerana itulah, Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud mencela Lim Kit Siang dan Tony Pua yang disifatkannya cuba menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi langsung tidak berani bercakap tentang kaitan Tony Pua dengan Xavier Justo.

Sesuatu yang amat pasti ialah, Lim Kit Siang jelas sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Polis Thailand selain gesaan agar Polis Singapura melakukan siasatan bagi penggubahan wang haram dan pembelian data - data yang telah curi.

Berikutan pendedahan tersebut, Tony Pua mendakwa yang tidak pernah mengenali Xavier Justo. Sabtu lepas, dia mencabar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional agar menamakannya secara rasmi yang telah mengadakan pertemuan dan kolobarasi dengan Xavier Justo dan Claire Brown.

Terbaru, Tony Pua turut dilihat terdesak mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang mengulang kembali pendedahan yang dibuat oleh Lester Melanyi yang mengaitkan Tony Pua dan Rafizi Ramli dalam pemalsuan data serta perancangan jenayah ke atas negara ini.

Mengapa agaknya, Tony Pua dan Lim Kit Siang tidak mampu lagi menunggu keputusan siasatan Polis Diraja Thailand dan Polis Singapura berhubung pembabitan Tony Pua dalam usaha menggulingkan kerajaan dan penderhakaan ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong?

Dalam perkembangan terbaru, HO KAY TAT, salah seorang yang bersama-sama Tony Pua bertemu dengan Xavier Justo, yang juga merupakan Penerbit dan CEO Kumpulan The Edge Media Corp, telah mengakui yang mereka telah bertemu Justo dan membeli beberapa dokumen daripada lelaki Swiss itu.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Hoi suruh Najib penyangak tu saman Sarawak Report, WSJ , The Edge, tak payah laa nak bebel sana sini.
    Kalau dia berani saman... baru aku percaya kat Najib 100%. Kalau tak, memang sah lahh dia penyamun.
    Macam sial penyamun takde telo.

    BalasPadam
  2. Saman pun ko tak pecaya lah ngok.hoi

    BalasPadam
  3. Nak saman buat apa...bukan kesalahan jenayah...tunggu bukti dan akan dibicarakan kerana pemalsuan dokumen. So masih dalam siasatan...kita tunggu jelah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping